Hukumnya haram. Untuk membaca al-Quran itu sekalipun mesti dengan mengangkat hadas kecil dan besar, inikan pula membacanya dengan membuka aurat...
Al-Quran dibawa oleh malaikat yang suci daripada Allah dari lapisan langit yang pertama... Membaca al-Quran adalah ibadat, maka ibadat itu mestilah dilakukan dalam keadaan menutup aurat...
Ini kerana kebanyakan ibadat dalam Islam menuntut kita supaya menutup aurat, termasuklah amalan yang wajib dan sunat... Jika seseorang itu ingin menunaikan solat fardu, maka wajib dia menutup aurat. Ini bermakna solat sunat juga diwajibkan menutup aurat...
Yang kedua, kita perlu ingat ketika membaca al-Quran si pembaca sedang berinteraksi dengan kalam Allah s.w.t., sedang meneliti perintah-perintahnya serta larangan-larangannya... Justeru mestilah memelihara kesopanan ketika menatap kalam Allah...
Boleh dikira semua ibadat yang khusus dalam Islam dituntut supaya ketika melakukannya dalam keadaan menutup aurat... Di sini ada beberapa perkara yang perlu dipelihara ketika membaca al-Quran supaya maksud tarbiyah melalui bacaan dapat dicapai oleh pembaca:
1). Adab secara batiniah:
* Ambil wuduk dan kemudian duduk menghadap kiblat dengan cara yang penuh sopan...
* Jangan membaca terlalu pantas tetapi bacalah dengan teratur dan betul tentang penyebutnya...
* Cuba berusaha untuk menangis walaupun anda terpaksa memaksa diri anda untuk melakukannya...
* Tindakbalas terhadap ayat rahmat (keampunan) atau azab hendaklah seperti yang telah diterangkan di atas...
* Bacaan hendaklah dilakukan dengan perlahan jika didapati diri anda tidak ikhlas ataupun akan menyebabkan gangguan terhadap orang lain... Jika tidak, bacalah dengan suara yang kuat...
* Bacalah dengan suara yang merdu kerana banyak hadis yang menekankan tentang amalan ini...
2). Adab secara lahiriah:
* Hati kita hendaklah penuh dengan rasa keagungan al-Quran dan menyedari tentang kemuliaannya...
* Hendaklah merasakan di dalam hati bagaimana Maha Halus Maha Agungnya dan Maha Gemilangnya Allah Yang Maha Berkuasa kerana al-Quran ini adalah wahyu daripada-Nya...
* Hati kita mestilah bebas daripada gangguan dan keraguan..
* Selamilah maksudnya dan perolehilah kenikmatan daripada bacaan kita...
Wallahu'alam...
Wednesday, November 10, 2010
Monday, November 8, 2010
Welcome to Play Safe!!!
Assalammualaikum and Salam 1Malaysia...
This blog will be publish in English, Malay and Sarawak version... It was created to urge all the youngster throughout Malaysia to be more liberal and in the same time, uphold the law as enshrine by the Federal Constitution...
It will not be to formal and rigid to certain views... We will bring you to explore the real word of the youngsters and education... This blog will be free from any ideologies and influences brought by certain interest groups...
Videos, pictures, and interviews will be provided to ease the understanding of the informations...
Hope you enjoy it...!!!
Don't play play ah!!! If you wanna play... Remember... PLAY SAFE!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)