Saturday, January 8, 2011

Siapa layak mewakili N30 Saribas...???


KERUSI PANAS N30 SARIBAS!!! MAJORITI BN 94 UNDI!!!







Gambar diatas merupakan wakil rakyat kawasan N30 Saribas... Beliau ialahYB Dr Wahbi Junaidi... Berumur 55 tahun, beliau lahir pada 20 November 1955 dan merupakan wakil rakyat N30 Saribas selama 20  tahun disamping menyandang jawatan sebagai Menteri Muda Sarawak... Beralamat kediaman 5D, Bangunan Nor-Azhar, Lot 838, Jalan Sabu, 95000 Sri Aman, beliau adalah anggota Pati Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan Ketua Cawangan PBB Saribas...


"kalau nak sentuh isu YB BN “bisu” di Dewan Rakyat..kebetulan saya berada di KL dan terpanggil bersama kwn2 menjengok sebentar diruang lobi Parlimen. amat kagum…! amat terpegun…! amat memalukan..!
yang memalukan ialah YB (sikboh sebut namo) kita tidur, nguappp…! sikdo nak disebut, sikdo nak dibahas….orang angkat tangan nyopun angkat tangan juak, orang tepuk mejo….YB yo terkejut lalu tepuk mejo juak….sik tauk apo nak ditepuk orang rami2…
Hahaha…..kami hampir 3 jam berada dilobi parlimen…sempat menyaksikan perbahasan. memang ada kelas. BN vs PR…tapi berapo orang jak tauk isi kandungan perbahasan itu.
Hehehehe…itulah bro, kito silap pilih….kito termakan janji bahawa BN (PBB,PRS,SPDP,SUPP) calon2 mereka ada kelas tersendiri. konon dapat membawa hasrat rakyat, namun yang realitinya….? hanya atas ehsan Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukkan berbillion2 kpd kerajaan negeri, kalau harap permohonan drp YB itu jauh pak awi….
Huhuhuhu…kita jangan takut memberi undi kepada PR, kalau tak ada pembangkang (tak ada check n balance)…nak harap pok pop BN tegur sama dirik mpun….jauhlah..!!! batuk sikit Tok Uban, Wahbi demam seminggu. bersin Jabu, Chuat masuk hospital. baru nak bersuara YB Masir Kujat kenak jelin Muhyddin Yasin lalu kelup baru suara Masir…mereka terpaksa akur…bukan salah mereka 100%…..kalau mereka lawan, next PRU nama mereka hilang, inilah ditakutkan oleh YB-YB BN…" Menurut komen dari anaksaribas...


"YB Dr Hj Wahbi bin Hj Junaidi, ADUN N30 Saribas yang telah menjadi wakil rakyat Saribas selama 20 tahun, kini kepanasan….namanya langsung tak disebut-sebut sebagai calon BN/PBB Saribas akan datang.
Apa2 pun…terima kasih kepada YB Dr Hj Wahbi, kerana telah membangunkan daerah Saribas dengan pesat sekali. pelbagai projek pembangunan telah dilaksanakan sepanjang hayat 20 tahun YB jadi wakil rakyat.
Good bye Wahbi. sayonara….!!!!" Menurut seorang lagi komen dari penduduk Saribas...

Terdapat juga komen dari beberapa penduduk Sarawak yang menyokong kerajaan BN secara membuta tuli...

"jaga jak kawasan u YB Zuraidah, eboh jak gago ngan kawasan kamek kat Sarawak. Pandey kamek situk jaga kawasan mek pun. Sik payah jak…kamek tuk tetap berdiri teguh dengan BN. Sik ada projek sik apa, asalkan kamek orang hidup aman dan damai kat Sarawak, sik macam di Semenanjung..ada ada jak demontrasi….mun nak lawat Sarawak, belajarlah dengan YB BN Sarawak cam nak tadbir kawasan..BN tetap pilihan……" Komen dari anak sarawak...

Nah, kita dapat lihat... Ya, memang Sarawak in aman dan damai, penduduk saling hidup harmoni dengan berbilang kaum, bangsa, bahasa dan agama... Itu tidak dapat dinafikan... Namun, dalam masa yng sama, disebalik kehidupan yang aman, terdapat juga 'PENCURI BESAR' yang secara sedar atau tidak, sedang 'MEROMPAK' segala kekayaan dari Sarawak... 'PENCURI BESAR' in telah melakukan kegiatan tersebut selama hampir 3o tahun tanpa dapat ditangkap oleh mana-mana badan berkuasa walaupun 'PENCURI BESAR' tersebut selalu keluar di akhbar tempatan... Inilah pemikiran manusia yang kolot dan jahil... Golongan ini tidak kisah akan pembangunan, biar miskin jika 'PENCURI BESAR' datang mengambil tanah mereka asalkan mereka hidup aman dan damai... Kalau tidak kerana YB Zuraidah dari Parlimen Ampang datang menjenguk Sarawak terutamanya kawasan Saribas, sudah pasti rakyat dan penduduk di kawasan berkenaan tidak tahu akan masalah yang dihadapi oleh mereka... Siapa yang datang membela nasib mereka di mahkamah kalau tidak peguam Pakatan Rakyat...??? Peguam Pakatan Rakyat membela RAKYAT, peguam Barisan Nasional membela PENCURI...

"be rasional sikit, bro. dlm politik mcm2 boleh jadi. sapa2 boleh tegur. sik kiranya YB ampang kah, YB saribas kah, YB Bkt begunan kah. apo nak dipadah YB Ampang yo adalah betul dan nyata. projek tambatan banjir 3.5juta abandon…..!!!!! salah kontraktor kah, salah pemerintah kah, atau salah YB Zuraida yang membuat teguran. kenak YB Jelaing atau YB Wahab sik tegur membiarkan hakisan yo berlarutan……

Tepuk dado tanya YB Wahab Aziz lah…." Komen yang diberi oleh penduduk Saribas...

Nah, skali lagi kita dpat lihat bagaimana warasnya pemikiran komentator ini berbanding dengan komentator anak sarawak...Dia ini berfikiran jauh, berpelajaran dan matang... Beliau tahu akan tugas-tigas wakil rakyat... Mereka adalah wakil rakyat disamping wkil kawasan... Ini yang harus diketahui oleh pengundi... Sebelum hendak mengundi, kita harus tahu apa peranan sebenar wakil rakyat disamping menjaga kawasan mereka...??? Mereka jua ada hak mengambil tahu nasib penduduk di kawasan lain... Ini yang dikatakan sebagai WAKIL RAKYT BERJIWA RAKYAT disampng berjiwa PENDUDUK KAWASAN... Ada dua perbezaan yang nyata... Sebagai contoh, YB Dr Wahbi Junaidi dipilih mewakili kawasan N30 Saribas untuk bersidang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak... Disamping tugas utama YB Wahbi membela dan membawa suara penduduk di Saribas ke DUN Sarawak, YB Dr Wahbi juga mempunyai skop peranannya yang lain seperti menyuarakan nasib kaum di Sarawak secara keseluruhan, pembangunan yang setimpal mengikut skala di seluruh Sarawak dan pelbagai lagi... Bukanna menjaga kawasan diri sendir sahaja selama 5 tahun... Kalaupun memang tugas YB Dr Wahbi cuma menjaga kawasan N30 Saribas, mengapa selama 20 tahun menjadi wakil rakyat Saribas, pembangunan yang dibawa bergitu perlahan...???

Lihat wahai para pembaca, selain tugas YB Dr Wahbi menjaga kawasan Saribas, beliau sepatutnya memainkan peranan yang penting dengan bersikap progresif dengan menjadi Agen Tajaan pembangunan, mencari perlabur-perlabur, menyelaraskan projek, membawa PELUANG PEKERJAAN, memperkenalkan produk-produk dari segi kebudayaan, makanan, dan ubat-ubat tradisional yang oleh diketengahkan ke pasaran antarabangsa dan pelbagai lagi... Ini tidak mustahil dilakukan bagi seorang wakil rakyat yang dipilih selama 20 TAHUN!!! Namun, pembangunan yang dibawa agak perlahan dan sangat perlahan... Pesat dalam erti kata yang lai cuma pesat dalam skala 5 tahun... Apakah pencapaian yang dapat dilihat bagi tempoh setiap bulan..??? 20 tahun sebagai wakil rakyat N30 Saribas bersamaan dengan 240 bulan... Dalam masa 240 bulan, berapa projek berskala kecil dan besar yang dibawa oleh YB Dr Wahbi Junaidi...??? Berapa kali YB Dr Wahbi Junaidi pergi mencari pelabur untuk melabur di Saribas selama 240 hari...??? 240 bulan bersamaan dengan 7200 hari... Berapa kali YB Dr Wahbi Junaidi turun padang bersama penduduk...??? Berapa kali YB Dr Wahbi Junaidi mengadakan Hari Bersama Penduduk...?? Berapa kali YB Dr Wahbi Junaidi balim dari Kuching untuk melawat Saribas...???

20 TAHUN sebagai wakil rakyat sepatutnya telah membawa SEKURANG-KURANGNYA 240 PROJEK!!! 240 pertemuan dalam Hari Bersama Penduduk!!! 10,000 peluang pekerjaan!!! 10,000 para graduan universiti!!! 7200 jenis tindakan pebangunan!!! 7200 masalah yang boleh diselesaikan!!! 20 jalan-jalan dan kemudahan yang baru!!! Tiada lagi kemiskinan!!! Tiada lagi 'ROMPAKAN'!!! dan akhir skali, dalam masa 20 TAHUN, YB Dr Wahbi Junaidi sepatutnya sudah menangkap 'PENCURI BESAR'!!! Namun, mengapa beliau membisu...???

Kelemahan YB Dr Wahbi Junaidi selaku wakil rakyat N30 Saribas selama 20 tahun boleh dilihat secara berikut:
- Pemohonan projek jalan raya sejauh 4km menghubung Kampung Mangut dan Tuie masih tidak terlaksana walaupun telah diminta selama 10 TAHUN...
- Pembinaan  projek telekomunikasi di kawasan Tuie dan Tanjong Assam yang masih tidak dibangunkan setelah 6 tahun dibina...


Kita lihat saja lah, kebanyakkan projek yang tertunda semuanya berbentuk projek infrastruktur dan kemudahan... Selama 20 TAHUN, masih belum selesai!!! Wakil rakyat kawasan Tupong, Satok, Samariang, Pujut, Piassau, Sanadin, Bukit Assek, Padungan, Pending, Batu Lintang, Kota Sentosa, Batu Kawa, dan Muara Tuang semua bercakap tentang projek pendidikan, pelaburan, perniagaan, pasar besar, pembangunan pertanian, perniagaan penternakan dan perikanan, desakan pekerjaan, wi-fi, internet, universiti, dan pelbagai lagi... Tapi Saribas...??? Masih sama dengan isu projek lama... Sepatutnya isu infrastruktur dan kemudahan sudah selesai 10 tahun yang lalu memandangkan Negeri Sarawak kaya dengan sumber asli dan kebijaksanaan menyipan dan berjimat... Namun, setiap kali kempen dan pilihan raya negeri, isu infrastrukur dan kemudahan masih menjadi laungan YB Dr Wahbi!!! 20 tahun sebagai wakil rakyat, 240 bulan sebagai pembela nasib penduduk, 7200 hari sebagai pemimpin, isu infrastruktur dan kemudahan masih berkumandang...


2 tahun kita boleh tahan, 2 penggal kita boleh tahan... Tetapi 2 dekad, kita tidak boleh lagi tahan... Tahun ini, kita mesti tukar kerajaan Barisan Nasional!!! Dengan ini, kita mesti mencari seorang calon muda, berfikiran maju ke hadapan, progresif, berani, kental hati, idealistik dalam perjuangan, dan seorang yang sentiasa turn padang untuk berjumpa dengan penduduk kawasan Saribas... Calon ini sudah dikenalpastimampu membawa perubahan dari segi material dan fizikal kepada penduduk Saribas... Beliau yang dimaksudkan ialah calon PKR 2006 N30 Sariba, Sdr Abang Zulkifli Abang Engkeh...




Berusia 59 tahun, anak tempatan dari Debak ini merupakan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak (Jawatan Ke-6 tertinggi dalam struktur organisasi PKR Sarawak selepas Pengerusi Sdr Baru Bian)...


Abang Zulkifli Abang Engkeh bersama-sama dengan ahli-ahli PKR dan penduduk Kpg Debak, Saribas menyambt ketibaan YBhg Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR...
(Gambar agak tidak jelas) Abang Zulkifli berada 3 dari kiri berbaju biru muda bersama-sama penduduk Kpg Denak ketika membuat satu ceramah... Ceramah ini dilakukan di sebuah rumah memandangkan ianya adalah layanan 'istimewa' pihak kerajaan kepada pembangkang... Beginilah suasana ketika Pembangkang Sarawak melakukan ceramah, penonton penuh sampai melimpah, tetapi dibenarkan dibuat di rumah sahaja... Namun, kehadiran pendengar di ceramah Abang Zulkifli amat memberansangkan malah semakin bertambah memandangkan ramai yang tidak lagi berminat dengan YB Dr Wahbi...


"Bilo nak berubah tentulah untuk yang lebih baik dari apo yang ado kenek tuk!Jgn samokan PR dgn BN yg telah 48 tahun sudah mmerintah dan lihatlah apo kemajuan beso yg kito nampak di kpg-kpg yg cumo ado jalanrayo,api,air kadang ado kadang nisik.Apo yg kito maoh ialah projek untuk kito semuo dapat hidup nisik dipolah.Habis tanah kpg dicuri dan ditipu.Cobo pikil bertapo merinsak hidup dikpg yg nisik ado kerjo penghidupan.Berubahlah untuk lebih baik untuk kito semua dan anak cucu kito." Harapan seorang penduduk Sarawak kepada Sdr Abg Zulkifli Abg Engkeh...




Ketiga-tiga gambar disebelah menunjukkan sokongan dan permulaan penduduk di kawasan Debak, Saribas untuk mengenali dan menerima PKR sebagai parti politik yang boleh membela serta melindungi hak mereka termasuk nasib rakyat Sarawak secara keseluruhannya... Agak sukar untuk melihat kaum Melayu/Melanau dan Iban untuk berubah sokongan kepada BN namun keputusan PR DUN Sarawak 2006 telah membuktikan kesediaan penduduk Saribas berubah alih sokongan kepada wakil PKR, Sdr Abg Zulkifli Abg Engkeh setelah memberi 'kad kuning' kepada YB Dr Wahbi Junaidi...


Untuk pengetahuan pembaca sekalian, calon Pilihan Raya DUN Sarawak 2006 bagi kerusi N33 Saribas ini cuma kalah tipis sahaja dengan penyandang YB Dr Wahbi Junaidi sebanyak 94 undi!!! Lihatlah betapa undi penduduk kepada YB Dr Wahbi semakin merosot selama 20 tahun menyandang kerusi tersebut...


Seorang yang boleh dikatakan muda ini mampu membawa aspirasi rakyat di Dewan Undangan Negeri... Walaupun kalah tipis di tangan YB Dr Wahbi, beliau sering kali dilihat turun padang berjumpa dengan penduduk Saribas tidak kira Pilihan Raya atau tidak... Beliau juga selalu memberi ceramah politik sekitar kawasan penempatan di Saribas seperti Pekan Debak, Dareah Kecil Pusa, Kpg Tuie, Kabong, Kpg Serabang, Kpg Kalok, dan merata tempat lagi... Ini menunjukkan walaupun kalah tipis, beliau tidak pernah mengenal erti putus asa dalam perjuangan... Biarpun mengenakan wang sendiri untuk berjumpa dan membuat aktiviti dengan penduduk, sekurang-kurangnya beliau sanggup berkorban dari segi wang dan masa serta tidak berdiam diri dan bersengkongkol dengan 'PEROMPAK BESAR' apabila tanah rakyat diambil dan dirompak...

"In 2006 election in N.31 Saribas, Dr. Wahbi of BN-PBB won the seat only by 94-votes majority defeating his opponent Ang. Zulkiplfli Ang. Engkek of PKR. In 2001 Sarawak state election, Dr. Wahbi won the seat by 2,197 votes-majority, thus indicating that 2,193 BN-PBB supporters turned hostile. BN won the seat because of the support from Ibans who form 30.9 per cent of the 7,145 votes. May be PR also should concentrate and work hard come next election to unseat Jabu in N.31 Layar." Komen seorang graduan dan merupakan penduduk Saribas selepas diajukan soalan... Diharapkan kali ini, lebih 20 tahun penduduk Saribas memberi kepercayaan kepada YB Dr Wahbi Junaidi, maka, sudah tiba masanya penduduk memberi peluang kepada Sdr Abg Zulkifli Abg Engkeh untuk mewakili suara mereka agar nasib penduduk akan 'BERKUMANDANG' dan 'BERGEGAR' di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri... Ayuh, kita ubah undi pada 2006 yang lalu... Jangan ulangi nasib yang sama apabila calon pilihan kita hanya kalah tipis sebanyak 94 undi!!!


Ketika ini, Sdr Abg Zul kena memikirkan bagaimana hendak menembus kesemua 21 Unit Peti Undi iaitu Manggut, Tui, Debak, Bungin, Likis, Supa, Engkaras, Buda, Serabang, Belasau, Sabar, Dit, Bungei, Penunus, Jerai, Debak Laut, Serembang, Tanjong Assam, Sebemban, Belingan dan Budak...



"Misalnya Anwar tidak pun turun ke semua peti undi di dalam DUN Saribas di mana calon Keadilan Zulkefli Engkeh hanya kalah dengan 94 undi sahaja. Apa yang berlaku di Pusa, iaini salah satu peti undi dalam DUN Saribas gambar Anwar yang ditampar di serata tempat yang menjadi daya tarikan kepada pengundi. Saya yakin kalau Anwar turun ke semua peti undi Saribas, kerusi Keadilan di DUN Sarawak pada 20 Mei lalu akan menjadi lebih daripada satu." Menurut blogger Mohd. Sayuti Omar dalam artikelnya bertajuk "Pilihan raya Sarawak - Keadilan patut menang lebih banyak"


Kenyataan tersebut dinyatakan oleh Sdri Mohd Sayuti Othman...


VOTE WAHBI JUNAIDI = VOTE FOR TAIB MAHMUD!!!

VOTE ABG ZULKIFLI = VOTE FOR BARU BIAN!!!


No comments:

Post a Comment