Monday, January 17, 2011

Siapa layak mewakili N61 Bekenu...???

Assalammualaikum...

Sebelum kita mulakan bacaan, moleklah sungguh jika kita membaca terlebih dahulu keunikan Daerah Subis yang menempatkan kawasan kerusi Parlimen Sibuti dan dua buah kawasan kerusi N61 Bekenu dan N62 Lambir... Untuk pengetahuan para pembaca, kawasan N61 Bekenu akan sentiasa diwakili oleh kaum dari etnik Kedayan manakala kawasan N62 Lambir akan sentiasa diwakili oleh kaum dari etnik Melanau... Berikut adalah serba sedikit tentang sejarah Daerah Subis atau kawasan Sibuti...

Daerah Sibuti merupakan sebuah sub daerah yang terkandung dalam pentadbiran Daerah Subis di Miri... Namun tidak banyak yang tahu bahawa daerah Sibuti mempunyai kisah yang unik untuk dihayati... Baik dari segi pentadbiran mahupun suku kaumnya... Malah tidak tertulis di dalam mana-mana buku teks di sekolah-sekolah... Amat malang lagi, ramai umat Sibuti sendiri tidak mengetahui sejarah daerah sendiri berbanding sejarah Melaka...

Tidak diketahui dengan jelas bilakah nama Sibuti mula di gunakan... Tiada catatan yang dapat mendukung asal nama Sibuti ini... Mitos nama Sibuti yang dipakai sekarang hanya berlaku sekitar tahun 1880an... Hasil nama tersebut adalah berasal dari kata Kadayan yakni 'sa buting' iaitu sebuah atau sebatang atau sebutir... Mitos asal nama Sibuti ini pula berasal dari cerita bangsa Melanau dan bukannya Kadayan... Dikatakan pada akhir tahun 1880an sekumpulan nelayan Melanau dari Mukah telah menangkap ikan di muara sungai... Pada masa yang sama sekumpulan nelayan Kadayan juga menangkap ikan di sekitar sungai yang sama... Yang menghairankan mereka, mengapa ikan perolehan Kedayan lebih banyak... Lalu ditanya oleh mereka,
‘Tu nah, di sungai yang sa buting atu…’ jawab nelayan Kedayan...
Kagum dengan perolehan itu, setelah mereka balik ke Mukah, mereka berpakat untuk berpindah ke sungai yang ‘sa buting’ itu... Lama ke lamaan akibat bahasa Sabuting di sebut Sibutik. Itulah mitos asal nama Sibuti masyarakat Melanau... Semenjak hari itu hinggalah sekarang Ketua Kampung Kuala Sibuti terdiri daripada kedua-dua kaum secara bergilir...
Tapi bukan itu yang istimewanya dengan daerah Sibuti ini... Tatkala kita kagum dengan kehebatan empayar Brunei yang menguasai Sarawak pada masa lampau kita terlupa satu fakta penting... Sibuti tidak termasuk dalam empayar dan merupakan sebuah kerajaan yang bebas merdeka...
Namun dalam konteks ini, kerajaan yang merdeka ini bukanlah kerajaan Kedayan... Pada masa itu bangsa Kedayan belum lagi bertapak di Sibuti.Dipercayai kerajaan Sibuti tersebut diperintah oleh bangsa Kayan iaitu sub etnik Orang Ulu... Untuk memastikan pemerintahan mereka bebas dari pengaruh wazir-wazir Brunei, raja Sibuti pada masa itu akan menghantar ufti tahunan berupa beras dan bekalan hamba sahaya... Selain Sibuti,dua daerah atau kerajaan kecil yang bebas merdeka ialah Kerajaan Sematan dan Kerajaan Samarahan...


Maka, demikianlah sedikit sebanyak kisah asal usul Sibuti... Diharapkan para pembaca mendapat ilmu pengetahuan ang baru mengenai sejarah dan kehidupan tradisi perjanjian Melanau-Kedayan... Sekarang, kita teruskan bacaan kita mengenai 'Siapa layak mewakili N61 Bekenu...???'


Daerah Subis yang terletak di Miri ini menempatkan pekan Bekenu-Sibuti... Pada tahun 2006 dan 2008, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menamakan kawasan DUN yang baru iaitu N61 Bekenu dan Parlimen baru iaitu Parlimen Sibuti yang memisahkannya daripada kawasan Parlimen Miri selepas proses persempadanan semula atau gerrymandering. Kerusi N61 Bekenu dan N62 Lambir kemudiannya diletakkan dibawah Parlimen Sibuti.


N61 Bekenu yang mula dipertandingkan dalam Pilihan Raya DUN Sarawak ke-9 pada pertengahan tahun 2006 memperlihatkan pertarungan satu lawan satu antara wakil BN iaitu Puan Rosey Yunus dan wakil PKR iaitu Sdr Mokhdak Ismail... Pertarungan tersebut meperlihatkan Puan Rosey Yunus mendapat 4357 undi manakala Sdr Mokhdak Ismail hanya berjaya meraih 1285 undi dan sekaligus mengangkat Puan Rosey Yunus (kini bergelar YB) sebagai wakil rakyat N61 Bekenu dengan 3072 undi majoriti...


Inilah dia wakil rakyat N61 Bekenu, YB Rosey Yunus... Wakil rakyat berusia 55 tahun ini merupakan bekas Pengetua Sekolah Menengah Sains Miri dari tahun 1997 hingga 2006 dan juga merupakan Naib Presiden (dilantik) Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP)... Ini merupakan penggal pertama YB Rosey selaku seorang wakil rakyat...
Sebagai seorang bekas pengetua, YB Rosey semestinya mempunyai visi dan misi yang cukup jelas akan hala tuju anak muridnya... Beliau mesti inginkan yang terbaik kepada para pelajar dalam bidang akademik demi kejayaan dan kesenangan masa depan mereka... Sebagai seorang wakil rakyat pula, beliau tentu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan khidmat yang terbaik dan memajukan kawasan yang diwakilinya lebih-lebih lagi di tempat asal usul kelahirannya... Begitulah hubungan kerja antara wakil rakat dan bekas pengetua... Kedua-duanya mempunyai satu matlamat, ingin menjamin masa depan mereka yang dipimpin...

Kita percaya, selama satu penggal ini, YB Rosey memang melaksanakan kerja yang diamanahkan kepada beliau sama ada oleh rakyat, Presiden SPDP, mahupun Ketua Menteri Sarawak... Sebagai wakil rakyat, Daerah Kecil Bekenu berjaya menjadi daerah pertama yang menggunakan kemudahan ICT, perlaksanaan projek K-Masjid, selain berjaya menarik Perdana Menteri, YAB Mohd Najib Abdul Razak untuk berkunjung melawat kawasan di sekitar Pekan Bekenu dalam Program Pemimpin Bersama Rakyat di Bekenu...

Kawasan N61 Bekenu kini kian rancak membangun dengan pelbagai jenis projek yang disalurkan... Antaranya, projek pembinaan jalanraya di Kampung Rancah-Rancah dan Tiris sejauh 7.75 km yang akan turut memberi kemudahan kepada penduduk di Kampung Pepapi/Lumut, Kampung Pintasan, Kampung Tana, Kampung Masjid, Kampung Kepayang, Kampung Sebalik, Kampung Buih Buinih dan Rumah Panjang Enteri Blawan yang bernilai RM22 juta...

Tinjauan yang dibuat oleh YB Rosey dalam kerja pembuatan jalanraya di Kampung Rancah-Rancah... Turut bersama beliau ialah Pegawai Jabatan Kerja Raya , Kaunselor Sebastian Janting dan Kaunselor Sulaiman Ahmad...

Peta ini menunjukkan kawasan jalanraya yang akan dibangunkan kelak...


Kerja-kerja proses jalan raya baru yang akan dibina dengan peruntukan daripada Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah

Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Kampung Masjid yang juga telah dimanfaatkan oleh lebih 2000 penduduk di enam buah kampung Kedayan dan sebuah rumah panjang Iban di Sungai Tiris... Enam kampung Kedayan terbabit ialah Kampung Sebalik, Kampung Masjid, Kampung Kepayang, Kampung Pintasan, Kampung Lubik Buini dan Kampung Tunah serta Rumah Panjang Entri Blawan

YB Rosey Yunus berasama-sama dengan YB Aidan Wing dan YB Ahmad Lai Bujang menyaksikan YB Mohd Afdal Shafie menyempurnakan pembukaan bekalan air bersih yang akan disalurkan ke enam buah kampung dan sebuah rumah panjang di Tiris...
Selain itu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah juga turut mengumumkan peruntukan sejumlah RM100,000.00 untuk membina padang bola sepak di kampung tersebut disamping meluluskan masing-masing 10 buah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin di Kampung Rancah-Rancah dan Tiris...

Walaupun telah hampir genap sepenggal membawa pelbagai kemajuan dan pembangunan di kawasan N61 Bekenu, namun, YB Rosey Yunus juga tidak dapat lari daripada pelbagai isu yang melanda beliau terutamanya isu membabitkan kerjaya politik beliau...

Umum mengetahui, selepas berjaya memenangi kerusi N61 Bekenu, beliau telah dilantik menjadi Naib Presiden SPDP... 
Pengerusi SPDP cawangan Niah, Napi Madang, berkata beliau bersetuju agar wakil rakyat berkenaan memberi keutamaan terhadap perlaksanaan pembangunan, bukanya berpolitik sepanjang masa... Apa yang kita mahukan adalah pembangunan seperti bekalan air bersih, jalan raya yang baik dan bekalan elektrik... Perkara ini harus diberikan keutamaan bukannya bertelingkah sesama sendiri... Di kawasan Niah misalnya, masih ada sekolah kebangsaan belum menerima bekalan air bersih sebaliknya terpaksa bergantung dengan air kolam yang kotor selain air hujan... Katanya, terdapat rumah panjang belum lagi menerima bekalan air bersih, elektrik selain jalan raya yang belum berturap...
Seorang pengundi, Enju Nyaling dari Skim Rancangan Sepupok Niah berkata, rakyat sudah lama menunggu pembangunan dan bosan dengan janji manis yang dihamburkan selama ini...
Kita bukan membantah kerajaan, tetapi kita mahu kemudahan asas seperti air dan jalan raya disediakan... Lihat sahaja nasib yang menimpa murid-murid Sekolah Kebangsaan Rancangan Sepupok Niah yang terpaksa mandi air kolam berumpai...Sepatutnya masalah ini tidak lagi berlaku. Kita harap masalah ini dapat diberi keutamaan, bukannya asyik berebut jawatan dalam parti..." katanya kesal...

Adakah selaku pengundi di kawasan N61 Bekenu ini akan memberi mandat kepada YB Rosey untuk penggal kedua pada PR DUN Sarawak 2011 yang dikatakan akan diadakan pada bulan Mei ini...??? Dengan bersengkongkol dengan PENCURI NEGERI, dan disembunyi di sebalik pembangunan, apakah kita ingin melihat penggal kedua ini YB Rosey akan mengikut jejak langkah PENCURI NEGERI ini...??? Sebagai YB dari parti komponen BN Sarawak, sesungguhnya, YB Rosey merupakan sebahagian daripada sistem pemerintahan... Sebarang tingkah laku seperti MENCURI dan MEROMPAK harta rakyat haruslah ditentang oleh beliau samada dilakukan oleh pihak pembangkang mahupun rakan-rakan seperjuangannya di DUN Sarawak... Namun, amat menghampakan, YB Rosey tidakpun menegur atau membela nasib rakyat yang diCURI dan diRAMPAS harta mereka oleh PENCURI NEGERI ini...

Maka dengan ini, untuk menolak PENCURI NEGERI ini, kita haruslah menumbangkan seekor demi seekor anjing-anjingnya agar tumpas... Apabila 36 ekor anjingnya tumpas, maka, kita mampu mengembalikan keamanan dan kesejahteraan masyarakat di Bumi Kenyalang ini... Untuk menumpaskan anjing-anjing ini, kita perlukan seorang pemburu handalan... Kali ini, di N61 Bekenu, kita haruslah memilih seorang pemburu wanita dari Parti Keadilan Rakyat... Beliau ialah Sdri Zulhaidah Binti Suboh...

Sdri Zulhaidah Binti Suboh...
Sdri Zulhaidah bersama-sama dengan penduduk Rumah Ranggong dalam menuntut hak tanah keatas Niamas Istimewa Sdn, Bhd. di Ulu Niah pada 4 hingga 9 Januari 2011...
Berkerjasama dengan Ahli Parlimen Baling, YB Taib Azzamudden  iaitu AJK PAS Pusat dengan AMK PKR Negeri Sarawak di Lepong Ajai, Sg. Liam, Baram...
Graduan dari IBS...
Bersama-sama dengan AMK Miri di sebuah pasar tani Miri dalam menyebarkan risalah mengenai perjuangan parti dan salahlaku pihak tertentu...
Bersama-sama dengan penduduk masyarakat Iban dari Lepong Ajai, Sg. Liam, Baram... Membela nasib penduduk yang dirampas tanah oleh sebuah syarikat Kai Nguong Resorts and Development Sdn Bhd yang telah dimiliki oleh penduduk Iban dari tahun 1830an lagi...




No comments:

Post a Comment