|
Tuesday, December 28, 2010
Email terpilih...
Friday, December 24, 2010
Siapa layak mewakili N69 Batu Danau...???
KERUSI PANAS!!! MAJORITI 1262 UNDI!!!
YB Palu @ Paulus Gumbang... Berumur 59 tahun... Beralamat rumah No.55, Lorong A5, Taman Satria Jaya, BDC, Stampin, 93350 Kuching... Ahli Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP)... Merupakan bekas Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak... Juga merupakan keturunan kaum Bisaya...
Beliau mula bertanding di kawasan N69 Batu Danau pada tahun 2006... Ini merupakan penggal pertama beliau sebagai wakil rakyat setelah memenangi kerusi N69 dengan majoriti tipis sebanyah 1262 undi... Beliau meraih undi sebanyak 2961 iaitu 42.98% daripada jumlah keseluruhan pengundi... Manakala lawannya, Sdr Christopher Sawan Jiram dari Sarawak National Party (SNAP) yang hanya mendapat sedikit kurang iaitu 1699 iaitu 24.67% dari jumlah keseluruhan pengundi... Undi rosak sebanyak 79 iaitu sebanyak 1.14%... Jumlah keseluruhan pengundi di Batu Danau adalah 6889... Pengundi kerusi N69 Batu Danau mempunyai jumlah seramai 49.31% atau 3396 Iban, 41.62 % atau 2867 Orang Ulu (kebanyakkan dari suku kaum Bisaya), 318 Melayu/Melanau, 2.76% atau 190 Cina, 1.60% atau 110 Bidayuh, dan 0.10% atau 7 lain-lain kaum pribumi... Jumlah yang keluar mengundi adalah seramai 4739 orang pada Pilihan Raya DUN Sarawak yang lalu... Seramai 2150 pengundi yang tidak keluar utuk mengundi...Ini bermaksud Sdr Christopher masih lagi diterima oleh penduduk Batu Danau... Hal ini kerana YB Paulus tidak menang dengan jumlah undi sebanyak 50.01% atau 3445 atau separuh daripada kesuluruhan pengundi berdaftar... Sdr Christopher cuma memerlukan 1700 undi untuk mengalahkan YB Paulus...
Lihat sahaja majoriti kemenang yang diperolehi oleh wakil N69 Batu Danau ini, cuma majoriti tipis dan ini adalah kemenangan paling teruk untuk calon muka baru bagi kawasan ang diwakili... Baru sahaja naik jadi calon untuk penggal pertama, sudah mendapat majoriti tipis... Ini menampakkan bahawa penduduk Batu Danau tidak percaya akan kebolehan dan jaminan keupayaan untuk berkhidmat dengan penduduk Batu Danau...
Mari kita lihat komen-komen ang diberi oleh penduduk Batu Danau ini...
Beliau mula bertanding di kawasan N69 Batu Danau pada tahun 2006... Ini merupakan penggal pertama beliau sebagai wakil rakyat setelah memenangi kerusi N69 dengan majoriti tipis sebanyah 1262 undi... Beliau meraih undi sebanyak 2961 iaitu 42.98% daripada jumlah keseluruhan pengundi... Manakala lawannya, Sdr Christopher Sawan Jiram dari Sarawak National Party (SNAP) yang hanya mendapat sedikit kurang iaitu 1699 iaitu 24.67% dari jumlah keseluruhan pengundi... Undi rosak sebanyak 79 iaitu sebanyak 1.14%... Jumlah keseluruhan pengundi di Batu Danau adalah 6889... Pengundi kerusi N69 Batu Danau mempunyai jumlah seramai 49.31% atau 3396 Iban, 41.62 % atau 2867 Orang Ulu (kebanyakkan dari suku kaum Bisaya), 318 Melayu/Melanau, 2.76% atau 190 Cina, 1.60% atau 110 Bidayuh, dan 0.10% atau 7 lain-lain kaum pribumi... Jumlah yang keluar mengundi adalah seramai 4739 orang pada Pilihan Raya DUN Sarawak yang lalu... Seramai 2150 pengundi yang tidak keluar utuk mengundi...Ini bermaksud Sdr Christopher masih lagi diterima oleh penduduk Batu Danau... Hal ini kerana YB Paulus tidak menang dengan jumlah undi sebanyak 50.01% atau 3445 atau separuh daripada kesuluruhan pengundi berdaftar... Sdr Christopher cuma memerlukan 1700 undi untuk mengalahkan YB Paulus...
Lihat sahaja majoriti kemenang yang diperolehi oleh wakil N69 Batu Danau ini, cuma majoriti tipis dan ini adalah kemenangan paling teruk untuk calon muka baru bagi kawasan ang diwakili... Baru sahaja naik jadi calon untuk penggal pertama, sudah mendapat majoriti tipis... Ini menampakkan bahawa penduduk Batu Danau tidak percaya akan kebolehan dan jaminan keupayaan untuk berkhidmat dengan penduduk Batu Danau...
Mari kita lihat komen-komen ang diberi oleh penduduk Batu Danau ini...
"Ku nak komen sikit pasal wakil rakyat di DUN Batu Danau. Ney ada org kenal gilak ngan wakil rakyat DUN Batu Danau ya.Yang kenal pun HANYA kaum kerabat daknya jak.Dolok berapa lama nya memerap di London?Alasannya sambung study.Bila dah nak jadi Yang Berdusta baru gago "ngabas" Limbang.Org yang ngundi nya pun kerana Parti Bebal Nasional(BN) bukan kerana personalitinya. Lagi satu,ada ka patut,dtg kpg kmk org keluar dari kereta pun sik mauk?Bukannya org kpg kmk org nak mantei nya?Mun ktk org sik caya ngan kata2 aku tok boleh tanyak ngan mak di Limbang nun.Even dolok masa nya jadi Pengarah Penerangan Swk pun org sik brapa kenal.Balit Limbang pun HANYA semata-mata kerana nak memberi penerangan pasal Harga Minyak Nait(2008).Kpg nya(Kpg Ukong,Limbang) pun masih jalan tanah merah sampei ari tok,mcm ney nak madah Limbang dah membangun?Renung2kan..... -Pangkat Anak buah (sebelah bapa) YB DUN Batu Danau." Menurut salah seorang ahli keluarga YB Paulus...
"salam.. isu politik jgn hnya liat kepada wakil itu sdri.. tapi lht dr pelbagai aspek.. pembangunan di lbg ini..kerajaan tlh melakukan plbgi usaha ke arah kesejahteraan rakyat. kami tanyak kitak.. kitak dolok skulah kerajaan ka pembangkang..jgn cuma liat satu aspek sj... pembangkang blom tentu bw pa2 utk rkyt... mum mok nganuk wakil bn, wakil pembangkang ya pun blum tentu baik gilak.. slagi nama manusia.. mun kerajaan tok c bagus, cda skulah, jln raya, eletrik, bgnan untuk rkyt... so pkerlah baik2.. tahtah kitak ya pun mkn duit* kerajaan kali..." Menurut seorang lagi penduduk...
Selain itu, kesetiaan YB Paulus kepada SPDP juga dipersoalkan... Memandangkan beliau merupakan salah seorang daripada geng SPDP 5 yang lantang mengkritik keputusan YB William Mawan Ikom, adakah tugas beliau sebagai wakil rakyat Batu Danau akan dianaktirikan oleh pucuk pimpinan SPDP...??? Andai kata beliau menang Pilihan Raya DUN Sarawak (yang dijangka akan diadakan sebelum Jun 2011), adakah beliau mampu membawa aspirasi dan membela nasib penduduk di Batu Danau memandangkan, beliau terpaksa memfokuskan kepada kedudukan beliau dalam SPDP...??? Atau mungkinkah beliau akan 'dikorbankan' oleh pucuk pimpinan parti untuk Pilihan Raya DUN Sarawak nanti...??? Hal ini kerana beliau dikatakan bakal menyertai kem YB Peter Nansian Ngusie untuk melompat parti dengan menyertai Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang diterajuai seorang lagi pemimpin Iban yang takut iaitu YB Dr James Jemut Masing... Andai kata kelima-lima pemimpin ini (YB Peter Nansian, YB Rosey Yunus, YB Sylvester Entri, YB Paulus Gumbang dan YB Dr Tiki Lafe), ini akan membawa malapetaka dan pertelingkahan antara SPDP dan PRS terutamanya mengenai pembahagian kerusi... Juka dilihat, perkara ini lebih menurus kepada kepentingan parti lebih dari kepentingan penduduk...
Terima Kasih kerana mempromosikan Pesta Bebalung... Itu tidak dapat dinafikan... Tetapi, adakah itu saja...???
Walaupun kerajaan telah memperuntukkan sebanak RM 1 juta kepada Persatuan Kaum Bisaya (PKB), namun, apakah ianya bererti usaha daripada YB Paulus selaku wakil rakyat...??? Beliau cuma wakil rakyat yang mewakili pengundi yang terdiri daripada pelbagai kaum di N69 Batu Danau dan bukan semata-mata untuk kaum Bisaya sahaja... Walaupun ada sedikit sebanyak kerja dan bantuan yang diberikan kepada penduduk di Batu Danau, menjadikan Limbang sebangai Daera Jelapang Padi, peruntukan dana besar kepada PKB, dan infrastruktur perlancongan, namun, bila mana YB Paulus akan memfokuskan kepada isu NCR, kenaikan gaji, peningkatan sosio-ekonomi penduduk, pembinaan lapangan terbang, kawasan perindustrian dan pelbagai lagi...??? Adakah cukup sekadar menurapkan jalan, menambahbaik infrastruktur sedia ada, dan menjadikan Limbang sebagai Daerah Jelapang Padi sudah dikira mewakili hasrat penduduk Batu Danau...???
Walaupun ada kebaikan menjadikan Limbang sebagai Daerah Jelapang Padi, namun harus diingatkan juga, pembangunan dan cadangah tersebut mestilah melibatkan keluasa tanah yang berhektar-hektar banyaknya... Sudah pasti ianya akan melibatkan NCR dan syarikat-syarikat gergasi untuk memajukan projek tersebut... Ada baiknya, kerana akan memperkenalkan Limbang di mata penduduk Malaysia, TETAPI, apakah ianya akan melibatkan kaum Bisaya atau penduduk Badtu Danau untuk bersama-sama memajukan projek tersebut...??? Apakah kerajaan akan berunding dengan penduduk Batu Danau perihal mengenai pengambilan tanah adat mereka secara sah...??? Adakah selepas selesai projek tersebut, rata-rata yang memajukan dan menguruskan Projek Jelapang Padi dilakukan oleh penduduk Batu Danau...??? Fikir-fikirkan...
Sepanjang perkhidmatan YB Paulus mewakili penduduk Batu Danau, beliau pernah mencadangkan agar disegerakan keperluan mendesak seperti keperluan sumber air agar dipercepatkan pembinaan projek saluran air Batu Danau-Nanga Medamit-Tedungan... Selain itu, beliau ada juga mengenengahkan isu ketiadaan elektrik disebabkan kenaikan harga diesel yang tinggi menyebabkan ramai penghuni rumah panjang berada dalam keadaan gelap gelita diwaktu malam... Memang ini satu kebaikan yang ditonjolkan oleh YB Paulus... Namun, pernah terfikir bagaimana keadaan YB Paulus di kediamannya yang terletak di Kuching...??? Sumber air ada, sumber elektrik ada, kereta 2-3 buah, rumah banglo besar, pakai baju mahal-mahal, makan mahal-mahal sehingga kenyang, pendek kata, ibarat 'SYURGA' di dunia... Tapi, bagaimana keadaan penduduk diwakilinya...??? Kenapa beliau tidak menggunakan sebahagian harta beliau untuk menolong penduduk yang serba kekurangan terutamanya di kawasan rumah panjang...??? Bagi wakil rakyat Barisan Nasional, RM 1 juta sama seperti RM 1... Cuba lihat pengorbanan yang dilakukan oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat, semuanya mengeluarkan duit poket sendiri untuk membantu penduduk disamping terpaksa berhadapan dengan bantuan yang amat kecil dari kerajaan... Nah!!! Kalau wakil rakyat Pakatan Rakyat mampun bertahan dari segi sumber kewangan yang tidak seberapa besar berbanding wakil rakyat Barisan Nasional yang mana kemewahan, rembulak kata orang Sarawak, berjuta-juta Ringgit Malaysia!!! Lihatlah, wakil rakyat BN cuma mampu berkata-kata tetapi tidak mampu berkorban... Sudah dinamakan wakil rakyat, kita haruslah berkorban untuk rakyat yang diwakili dari segi material dan fizikal... Bukannya jadi wakil rakyat yang KEDEKUT dan MALAS serta PENAKUT!!!
Sepekara lagi, kita telah melihat kebangkitan kaum Bisaya dalam mewarnai kehidupan rakyat Sarawak dari sudut perlancongan dan kebudayaa, namun, apakah jaminan masa depan yang mampu diberikan oleh YB Paulus jika memenangi kerusi N69 Batu Danau untuk Pilihan Raya DUN Sarawak 2011...??? Jika sekadar menghantar projek tetapi tidak melibatkan penduduk Batu Danau, TIADA GUNANYA... Jika sekadar memberi wang selepas mengundi dengan RM250 seorang tetapi kemudian hari sejumlah 250,000 hektar tanah dan RM250 juta diambil dari penduduk secara sembunyi, TIADA GUNANYA... Jika sekadar janji membangun 10 buah sekolah di Batu Danau tetapi tidak ada jaminan untuk membantu 1000 anak muda ini melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Universiti, TIDAK BERGUNA... Jika sekadar mempromosikan lebih banyak produk kebudayaan Kaum Bisaya tetapi dalam masa yang sama lemah untuk mempertahankan hak kaum sendiri, TIADA GUNANYA... dan... Jika sekadar mencanang untuk mewakili penduduk Batu Danau dengan 1001 janji yang tak pasti tetapi dalam masa yang sama masih bersengkongkol dengan Pak Uban, TIADA GUNANYA... Jika janji sebegini masih diteruskan oleh calon penggal kedua Batu Danau, maka kita haruh TOLAK... TOLAK... dan... TOLAK!!!
Kaum Bisaya harus berubah... Penduduk Batu Danau juga mesti berubah... Ubah nasib diri anda sebelum nasib anda sendiri diubah oleh YB Paulus... Kita percaya, penggal pertama sebagai wakil rakyat BN memang agak lunak sikit, namun, kalau kita membiarkan sekali lagi nasib kita dipertaruhkan kepada YB Paulus selaku ahli parti komponen BN, nescaya, nasib anda akan sama seperti penduduk di Ba'Kelalan, Belaga, Sebuyau, Saribas, Semop (Pulau Bruit), dan Telang Usan... Kita perlu calon yang serius dalam berkhidmat, konsisten dalam perjuangan, mempunyai kerjaya atau profession yang teruji, mentaliti yang terbuka, dan sanggup membela rakyat di mahkamah demi menjaga dan mempertahankan hak dan maruah nenenk moyang kita... Calon yang bakal disebut-sebut untuk mencabar YB Paulus Gumbang ini mempunyai semua kriteria yang diperlukan... Beliau yang dimaksudkan ialah, Sdr Christopher Sawan Jiram...
Beliau adalah calon SNAP pada Pilihan Raya DUN Sarawak 2006 dan dikatakan bakal diberi kepercayaan sekali lagi untuk mencabar YB Paulus Gumbang di N69 Batu Danau...
VOTE CHRISTOPHER JIRAM = VOTE FOR BARU BIAN!!!
Wednesday, December 22, 2010
Siapa layak mewakili N22 Sebuyau...???
Kali ini, kita akan perkenalkan anda kawasan N22 Sebuyau...
Gambar diatas merupakan wakil rakyat kawasan N22 Sebuyau... Beliau ialah YB Julaihi Narawi... Berusia 55 tahun (masih muda)... Beralamat No. 86-87 Taman Heritage, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, Kuching... Ahli Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) telah mewakili kawasan N22 Sebuyau selama 3 penggal bermula pada tahun 1996 ketika berusia 41 tahun hingga sekarang... Pada Pilihan Raya DUN Sarawak 1996, beliau menang tanpa bertanding... Pada Pilihan Raya DUN Sarawak 2001, beliau menang dengan majoriti 4126 mengalahkan Mohamad Akek (PKR) dan Dayang Saadiah Mat (Bebas) yang hanya memperolehi undi sebanyak 1074 dan 341 masing-masing... Pada Pilihan Raya DUN Sarawak 2006 pula, undi beliau merosot... YB Julaihi Narawi hanya mampu mengekalkan undi sebanyak 3748 dengan majoriti 2448 menewaskan calon PKR 2 penggal, Mohamad Akek yang berjaya meningkatkan undi menjadi 1300...
Perjalanan dari Kuching ke N22 Sebuyau mengambil masa selama hampir 5 jam... Kawasan Sebuyau dihuni oleh majoriti kaum Melanau... Rata-rata penduduk di kawasan N22 Sebuyau tidak begitu kaya... Pendapatan penduduk sebulan sianggarkan bernilai RM1500.00 sahaja... Sudah 43 tahun, penduduk Sebuyau masih hidup dalam serba kekurangan walaupun sedikit dekat dengan bandar Kuching... Daerah Kecil Sebuyau ini terletak di bawah penguasaan Majlis Daerah Simunjan di Bahagian Ke-8 Kota Samarahan (tempat terletaknya Universiti Malaysia Sarawak [UNIMS], Universiti Teknologi MARA [UiTM], dan Maktab Perguruan Sarawak)
Baru-baru, rakyat Sarawak digemparkan dengan kes Numpang Suntai vs Quality Concrete Holdings berhubung dengan isu tanah adat atau Natives Customary Rights (NCR)... Selain itu, terdapat isu berhubung masalah air, pengangkutan, jalan raya, dan elektrik... 4 perkara asas ini masih lagi timbul disamping wakil rakyat tidak begitu endah akan masalah penduduk...
Kalau kita lihat, disebalik keindahan dan kebaikan wajah YB Julaihi Narawi terdapat 1001 makna yang tersirat... Pertama, beliau telah menjadi wakil rakyat N22 Sebuyau selama 3 penggal atau hampir 170 bulan, apa kejayaan dan pembangunan paling besar dibuat oleh beliau...??? Selama 170 bulan atau 14 tahun sebagai ADUN Sebuyau, berapa ramai anak tempatan Sebuyau yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah...??? Selama 170 bulan, berapa banyak pusat perniagaan, membeli-belah, dan perpustakaan yang dibina...??? Selama 170 bulan, bila mana beliau turun padang dan membuat forum kepada penduduk Sebuyau...??? Selama 170 bulan, berapa banyak kenaikan pendapatan penduduk dan penurunan jumlah pengangguran yang beliau berjaya atasi...??? Dan selama 170 bulan, berapa banyak jalan raya dan pusat penyelidikan diwujudkan...???
Surat tidak malu dan bersifat angkuh dari YB Julaihi Narawi kepada tempat kerja rakyat... Penat lelah konon,!!! Penat lelah merancang dan membantu Radziah Mahmud merompak tanah adat!!!
Kedua, beliau adalah wakil rakyat yang lemah dan tidak berjiwa kepimpinan... Selama penduduk Sebuyau berjuang membela nasib tanah adat Iban, beliau tidak pernah menyokong asas kebenaran tuntutan golongan Pribumi kaum Iban ini... Dimana beliau ketika Nicholas Mujah, Numpang Suntai, dan tuan-tuan tanah adat ini mengalami masalah...??? Tidakkah beliau tahu, apabila sudah hampir 6 rumah panjang bangkit menentang pengambilan tanah secara haram, undi beliau akan terjejas pada Pilihan Raya DUN Sarawak 2011 nanti...??? Beliau sememangnya tahu bahawa pembangkang akan berjaya menambahkan 1500 undi di N22 Sebuyau sekaligus menamatkan kerjaya politik YB Julaihi Narawi yang terbina selama 14 tahun!!!
Ketiga, seperkara yang perlu diingatkan, mengapa YB Julaihi Narawi tidak sanggup membela nasib tanah adat Iban di Sebuyau... Hal ini bukan kerana beliau takutkan Radziah Mahmud, akan tetapi, beliau sibuk dengan urusan pejabat... Bukan pejabat wakil rakyat atau DUN, tetapi pejabat yang menempatkan periuk nasi beliau selama 14 tahun!!! Seperti yang tertera dibawah...
Dah jelas wahai penduduk N22 Sebuyau...??? YB anda menjalankan perniagaan, and menjalankan apa sebagi sumber rezeki...??? Apa yang YB Julaihi bagi kepada kamu...???
Keempat, sementara tercetusnya peristiwa pengambil-alihan tanah secara haram di kawasan Sebangan yang terletak di N22 Sebuyau, beliau langsung tidak mengambil endah akan nasib masyarakat di sana... Suara pembelaan dari YB Julaihi tidak kedengaran bilamana Jabatan Perhutanan meluluskan aktiviti pembalakan sejumlah 3,305 hektar tanah hutan milik orang Iban kepada Quality Concrete Holdings milik Radziah Mahmud!!!
Ini dia keluarga Nicholas Mujah di Kampung Ensika Sebangan... Yang risau akan nasib tanah adat turun-temurun hasil dari titik peluh nenek moyang mereka...
Ini dia, Numpang Suntai... Pemilik sebaagian tanah adat di Sebangan, Sebuyau...
Sesungguhnya, orang Iban ini ingin juga hidup senang aman di kawasan mereka... Mereka berharap wakil rakyat mereka menjaga hak tanah mereka dan bukan mengambil dan merompak hak tanah mereka!!! Sudah 14 tahun anda semua diwakili YB Julaihi Narawi, tapi apa yang anda semua dapat??? Sekali lagi, apa yang anda dapat...??? TANAH DIAMBIL!!! Masih lagi nak pilih YB Julaihi Narawi?! Sesungguhna, nasib anda akan terbela jika anda memilih Mohamad Akek dari PKR menjadi wakil rakyat N22 Sebuyau pada tahun 2006 ang lepas... Tidak kisahlah kalau Mohamad Akek sukar untuk membawa pembangunan di kawasan Sebuyau atas halangan BN, asalkan tanah anda tidak tergadai... Dan kita harus percaya, ada baik dan buruknya memilih BN dan PR... Tetapi, mana yang lebih penting...??? Tanah atau wang...??? Semestinya tanah!!! Tanah adalah simpanan yang boleh bertambah nilai, akan tetapi wang boleh berkurangan dan mengalami nilai susut harga jika tidak bijak mengurus... YB Julaihi ada ajar tidak...??? Kalau tidak, apalah guna jadi wakil rakyat kalau tidak mempunyai niat untuk membangun dan mencerdikkan penduduk Sebuyau...???
Antara sebab-sebab utama pihak Numpang Suntai dan rakan-rakan beliau menentang keras pencerobohan tanah adat dan hutan di Sebangan ialah kerana penebangan hutan akan mengancam habitat orang utan, burung kenyalang, dan kancil, aktiviti pembalakkan besar-besaran akan menebabkan gangguan darisegi ekosistem, pemuliharaan dan pemeliharaan hutan, dan menyebabkan bencana alam...
Bagi BN, mereka adalah wira, rakyat adalah penjenayah... Bagi rakyat, mereka adalah wira, BN adalah penjenayah... Kalau kita nak bandingkan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin BN, jauh lebih banak dari pemimpin PR... Malah, hampir tidak terhitung nilai dan jumla jenayah BN!!! Lihat sajalah apabila rakyat bangkit membela nasib dan mempertahankan hak mereka, senapang polis, gas FRU, dan pelbagai lagi benteng pertahanan awan digunakan oleh BN untuk menghalang kemaraan rakyat...
Bagi BN, rakyat Sebangan di Sebuyau adalah penjenayah!!!
Nicholas Mujah yang ditahan oleh polis PBB!!!
Numpang Suntai yang juga ditahan oleh polis PBB!!!
Aktivis NCR, Nicholas Mujah sememangnya seorang yang berani dan tidak pernah takut akan BN!!! Beliau percaya, BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH!!!
Nicholas Mujah bersama-sama dengan tuan tanah adat yang lain...Tuai Rumah Philip Anak Bakat dari Kampung Tungkah Atap, Tuai Rumah Neli Anak Nipa dari Kampung Bajong Ili, Bawi Anak Atman dari Kampung Lubok Manta dan Tinsi Anak Gunda dari Kampung Lumut... SIAP YB JULAIHI!!! APABILA IANYA MELIBATKAN TUAI RUMAH, SEMESTINYA ANAK-ANAK BUAH MEREKA AKAN MENYOKONG TUAI-TUAI RUMAH INI!!!
Mereka ini bersalah kerana mempertahankan tanah mereka!!! BN sepatunya malu!!!
Sokongan moral yang ditunjukkan oleh orang Iban ini terhadap rakan-rakan mereka yang mempertahankan NCR!!!
"In a recent story Sarawak Report exposed a shocking attempt by the firm Quality Concrete to force Iban villagers to hand over their rights to 3,035 hectares of Native Customary Rights Lands in Sebangan for just MR 250 (US$ 80) per family. The company is after the millions of dollars worth of rare and valuable hardwood trees in the area, but the Ibans have refused saying they want to preserve their forest for future generations..." Menurut satu sumber...
The livelihood and survival of the Dayaks depend on 2 things; Education and the NCR.
"With due respect to the longhouse folks, getting access to good education for their children is too competitive and too expensive for most who live far below the poverty line. If the NCR is taken away from them to feed the rich, they will be pushed to a corner where they have no choice but to react and defend their turf.
It only takes a few Numpangs of this world to start the ripple of change that will form a huge wave that will not cease until the injustice has stopped and the oppressors defeated. We must help the less knowledgable folks at home to tell them their rights, the rights to choose their representatives who will speak and act for them and not against them.
We must exercise our rights to install a government who will protect the interests of the Rakyat to govern the Country and the State. Give the government the 5 year contract and review their performance. We, as the Rakyat, are the ones who decide whether the contract should be renewed or a better government installed.
Let’s act now to excersise our rights and support those who fight for the truth. Let’s start the ripples within our circle of influence and work together to generate the wave of change. To those who have been entrusted the amanah by the Rakyat to govern the country, please change; otherwise you will be changed.
My prayers will be with Numpang and the others who have been jailed for a good cause..." Menurut satu lagi sumber dari seorang penduduk di Sebangan...
Dini Iban bisi agi besarakup agi diatu... Iban Saribas nguing ke barat, Iban Rajang nguing ke timur, Iban Balau nguing ke selatan lalu Iban Baram nguing ke utara... Nadai sejalai. Sama sama ngisi kandi seluar diri empu. Peduli ke orang bansa bukai ngemeli, ngenduan enggau nipu sida, asal diri empu, diri sebilik enggau bala diri senang... That is the mentality of Iban... Orang bansa bukai udah bisi jalai alun ngagai rumah sida, kitai Iban agi bekayuh ba sungai, nambang express, kadang kadang karam, bisi mati di anyut ke ai deras, bisi mega mati di empa baya... That is the politics of development for Iban. Politik nuju ke sebayan...
Tapi kita percaya... Pilihan Raya DUN Sarawak 2011, orang Melayu, orang Melanau, orang Iban, dan masyarakat lain di Sebuyau pasti akan menukar wakil rakyat yang ada sekarang!!! Kita harus menolak pemimpin yang malas, tiada idea, tidak kreatif, tidak MAHU PEGANG TANAH, tidak mesra rakyat, tidak berani dan tidak budiman... Kalau Jeneral Askar atau Panglima Perang atau Nakhoda Kapal tidak mampu memimpim anak-anak buahnya, bagaimana mereka hendak membawa kemenangan dan kejayaan...??? Maka, pemimpin tersebut sudah tidak lagi relevan untuk memimpin anak-anak buahnya... Dengan ini, pemimpin lama haruslah diganti kepada pemimpin baru... Kalau kita lihat, kontrak atau perjanjian, seseorang yang berlajar dalam bidang perkapalan, dan penerbangan yang ingin bekerja disebuah syarikat penerbangan sebagai Pilot Boeing *** AirAsia atau MAS atau syarikat perkapalan seperti Captain MISC, mereka haruslah terikat dengan perkhidmatan selama 13-14 tahun kepada syarikat tersebut... Jika didapati prestasi mereka tidak memuaskan, maka kontrak dan perjanjian mereka akan ditamatkan...
Nah!!! Ianya sama seperti YB Julaihi Narawi (seperti Pilot) yang telah memimpin dan mewakili suara penduduk (seperti anak-anak buah) di kawasan N22 Sebuyau (seperti pesawat) selaman 14 tahun!!! Adakah prestasi perkhidmatan beliau memuaskan hati penduduk...??? Cukupkah sifat kepimpinan dalam diri YB Julaihi...??? Jika tidak, APA TUNGU LAGI, JOM BERUBAH dengan memilih calon yang sesuai!!! Maka, dengan ini, siapakah pemimpin ang layak memimpin dan mewakili penduduk dikawasan N22 Sebuyau ini...??? Semestinya, calon N22 Sebuyau ini adalah seorang ahli Pakatan Rakyat, bijak, berani, cergas, cerdas, rajin, berwibawa, adil dan penuh nilai kasih sayang... Dan calon yang layak sudah semestinya dari anak tempatan... Beliau yang dimaksudkan layak untuk menjadi calon wakil rakyat di N22 Sebuyau ialah, Sdr Nicholas Mujah...
Inilah Sdr Nicholas Mujah (Wakil calon bebas tiket PKR Sebuyau)
Sdr Nicholas adalah merupakan Setiausaha Aging Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) bersama-sama dengan Ketua Wanita PKR Sarawak, Sdri Ibi Uding... Juga merupakan ahli Indigenous Peoples Network of Malaysia (JOAS)...
Aktivis NCR berusia 50 tahun dan berbangsa Iban ini lahir pada tahun 1960, sememangnya mempunyai harapan mewakili penduduk N22 Sebuyau memandangkan usianya yang muda dan memahami masalah yang dihadapi oleh rakyat... Walaupun tidak berkecimpung dalam mana-mana parti politik, tapi, perjuangan dan pembelaan yang dibuat oleh Sdr Nicholas ini pasti sama dengan perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat terutamanya PKR...
Ditahan dan dipenjarakan bukan kerana melakukan rompakan, pencurian, pembunuhan, rasuah, dan penipuan, tetapi ditahan dan dipenjarakan kerana membela hak orang Iban, NCR dan keadilan tanpa menggunakkan sebarang kekerasan...
Inilah Sdr Nicholas yang bakal mengubah masa depan penduduk N22 Sebuyau kearah yang lebih maju ke hadapan setaraf dengan kawasan-kawasn DUN yang maju di sekitar Kuching Sibu dan Miri... Susah senang rakyat haruslah ditanggung bersama pemimpin...
Seorang aktivis, seorang perjuang, dan seorang wira Iban...
VOTE FOR JULAHI NARAWI= VOTE FOR TAIB MAHMUD!!!
VOTE FOR NICHOLAS MUJAH = VOTE FOR BARU BIAN!!!
Tuesday, December 21, 2010
Siapa layak mewakili N57 Belaga...???
Statistik Pilihanraya Sarawak 2006 N57 Belaga...
Anda kenal x kisah Empangan Bakun atau Bakun Dam...??? Mesti kenal kan...
Anda kenal x bangsa Penan...??? Mesti kenal kan...
Anda kenal x YB Belaga...??? Mesti kenal kan... Huh??? X kenal...??? Baik... Di bawah nie, ada serba sedikit cerita mengenai YB Belaga...
Ni dia YB Belaga, bekas Guru Besar di SRK Long Panggai Belaga dan juga bekas Pegawai Pendidikan Daerah Belaga, Tuan Liwan Lagang... Beliau berumur 52 tahun... Beralamat di No.77, Kota Sentosa, Batu 8 1/2, Jalan Penrissen Lama, 93250 Kuching, Sarawak... Merupakan anggota Parti Rakyat Sarawak... Kawasan N57 Belaga dihuni oleh hampir 10000 penduduk dan 51% daripadanya adalah dari kaum Kenyah... Selebihnya terdiri daripada kaum Kejaman, Penan, Iban, dan lain-lain lag...
Perbandingan bandar Sibu dan Kapit...
Berapa tahun Sarawak menyertai dan membentuk Malaysia...??? 47 TAHUN!!! Sepatutnya, kawasan seperti Belaga, yang kaya dengan khazanah pokok kayu balak, mesti dh maju dr segala aspek... Belaga mempunyai kawasan yang sesuai dengan iklim perlancongan akuatik, perlancongan ekologi, dan perlancongan kebudayaan... Separtimana yang kita tahu, di Belaga terdapat pelbagai spesies flora dan fauna untuk dijadikan sumber penyelidikan... Selain menjadikan Belaga sebagai kawasan perindustrian biotek mesra alam... Tiada mustahil jika pemimpin dan wakil rakyat terdahulu betul-betul INTELEK dan BERFIKIRAN KREATIF... Namun, dek kerana terlalu 'KREATIF', maka, kawasan Bakun terletak di Belaga telah 'DIROMPAK' dan 'DIROGOL' oleh segelintir pihak...
Kapasiti penduduknya yang didominasi oleh kaum Kenyah boleh dijadikan sebagai pusat mempromosikan budaya kaum Kenyah.. Satu Pusat atau Institisu Kajian mengenai kaum Kenyah sepatutnya telah lama ditubuhkan di kawasan ini... Dengan tertubuhnya satu organisasi berstruktur dan teratur di Belaga pasti dapat menaikkan taraf sosio-ekonomi penduduk Belaga... Sekaligus, menyediakan peluang pekerjaan disamping mempromosikan keistimewaan kaum Kenyah di seantero dunia... Namun, apa yang amat mengecewakan, dri wakil rakyat pertama Belaga, Tajang Laing, hingga kepada wakil rakyat sekarang, YB Liwan Lagang, belum adasatu pun pusat kajian yang didirikan di kawasan Belaga...
Inilah Belaga yang kaya dengan adat resam kaum Kenyah...
Cuba kita lihat kawasan penempatan disekitar Belaga, rata-rata penduduk disana kekurangan sumber bekalan elektrik dan kemudahan lain seperti jalan raya bertar... Selama bertahun-tahun rakyat menyokong BN, apa yang mereka dapat...??? Rampasan tanah secara tidak sensitif... Kalau kita lihat, Projek 'GAJAH PUTIH' Empangan Hidro Elektrik Bakun bernilai RM7.3 Billion!!! (Namahal cdak Belaga agik meh kak ngundi BN walau cdk nemu, yang kaya, BN, yang miskin, rakyat BELAGA)... Inilah yang terjadi, selama 43 tahun, rakyat Belaga ramai yang tidak cerdik dan peka menyebabkan BN sewenang-wenangnya memperBODOHkan penduduk Belaga... Tanah diambil, dan dijanjikan dengan pelbagai 'GULA-GULA' setiap 5 tahun, sebagai balasan, tanah nenek moyang ratusan tahun digadaikan kepada BN!!! Bila nak dekat Pilihanraya Sarawak, bekalan elektrik sengaja diputuskan, dengan harapan, rakyat meminta selesai masalah elektrik, dan mengundi BN kalau mahu air dan elektrik disambung... Setiap 5 tahun, masalah sama ditumbulkan... Sampai bila rakyat Belaga hendak berubah kalau asyik ditimpa masalah yang sama...??? Ingin sekal mendengar penduduk Belaga memohon Projek Mega Jalan Raya menghubungkan Kapit-Sibu, Kapit-Miri, Kapit-Sri Aman dn Kapit-Serikei... Atau, penubuhan pusat rekreasi bertaraf dunia, hotel 10 tingkat, tempat shopping seperti The Spring, restaurant ternama, pusat fesyen terkemuka, sekolah antarabangsa, universiti, dan macam-macam lagi...
Semua ini tidak mustahil kalau semua penduduk Belaga diberikan peluang pekerjaan, penyediaan kemudahan dan infrastruktur yang sempurna, mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sampai Tingkatan 6, dan bantuan dari segi aktiviti berteraskan pertanian, perikanan, penternakan, perindustrian, kebudayaan, dan perlanconan... Nescaya, penduduk Belaga boleh menjana pendapatan mencecah RM5000 sebulan... Dengan pendapatan yang tinggi, maka, kuasa membeli dan kemahuan untuk mengeca kesenangan juga akan meningkat.. Jesteru, tidak mustahil kalau didina satu tempat shopping sebesar The Spring (seperti di Kuching) di Belaga... Dengan kuasa membeli yang meningkat, penurunan kadar pengangguran, dan kenaikan gaji, maka, ini akan membuka peluang kepada pelabur-pelabur di luar sana untuk melabur di kawasan Belaga... Ramai ahli-ahli perniagaan, NGO-NGO, dan agensi-agensi luar akan bertandang untuk membuka sayap perniagaan mereka di Belaga... Sememangnya, mereka ini memerlukan tempat tinggal dan hiburan, maka, akan timbul kemahuan untuk membina hotel dan tempat-tempat rekreasi untuk para pelabur ini... Dengan wang, penduduk Belaga mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah hingga ke peringkat Universiti..
'Keindahan' Sungai Rajang ciptaan BN!!! Cantik kan... Bayangkan 5 tahun akan datang, pasti anda boleh berjalan 'DIATAS' sungai...
Graduan-graduan terutama di Unimas, UPM Cawangan Sarawak, Swinburne, dan Curtin pasti berani untuk bekerja di Belaga jika semua kemudah-kemudahan sebegini diwujudkan... Penubuhan Pusat Kajian Budaya dan Institut Penyelidikan Sains dan Innovasi d Belaga akan mengurangkan kadar pengangguran dan pastinya memerlukan permintaan dari segi kepakaran daripada para graduan-graduan tersebut untuk berkerja di Belaga apabila melihat kepada keperluan tersebut... Akan tetapi, yang menjadi penghalang-penghalang kepada segelintir anak-anak penduduk Belaga ialah ketiadaan dokumen, surat beranak, dan IC bagi melayakkan anak-anak ini melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi...
Ini dia 8 anak Penan dari kawasan Murum, Long Wat, Long Malim dan Long Singu yang turut serta medapat tempat di pusat kemahiran belia... Anak Penan sekadar mampu menduduki Pusat Kemahiran, tetapi anak-anak BN, nun jauh hingga ke benua Eropah dan Amerika!!! Bila lagi anak Penan hendak belajar ke luar negara?!
Menurut belagakini.wordpress.com, "YB Liwan Lagang yang berkempen menggunakan tagline“Meneruskan Kesinambungan Pembangunan” pada pilihanraya lalu dilihat sehingga kini masih gagal menyelesaikan masalah penduduk Skim Penempatan Semula Bakun. Menurut En. Okang Lepun ” pembangunan memang diusahakan oleh BN tetapi bukan untuk manfaat penduduk miskin seperti kami”. Jalan raya Bakun- Bintulu yang kononnya dibina untuk kemudahan penduduk, telah rosak teruk dikerjakan oleh lori-lori balak Shin Yang. Semakin ramai penduduk mendapat sakit kronik ekoran bekalan air yang tidak dirawat dengan sempurna. Pencemaran racun makhluk perosak dari ladang-ladang sawit disekitar Penempatan Semula Bakun menjadi sumber pencemaran tersebut. Dalam pada itu YB masih berpeluk tubuh." Bah, apa lagi, masih penduduk Belaga inginkan seorang wakil rakyat yang lemah atau BACUL?! Ingat, pepatah Iban pernah mengatakan, "AGIK IDUP AGIK NGELABAN"...
Tidak inginkah penduduk Belaga hidup senang seperti majorit penduduk di N7 Tupong, N8 Satok, N9 Padungan, dan beberapa tempat di kawasan sekitar Kuching, Miri dan Sibu yang mana rata-rata penduduknya hidup senang...??? X inginkah penduduk Belaga untuk mempunyai sebuah kereta pacuan 4 roda atau 4 Wheel Drive...? X inginkah penduduk Belaga untuk melihat kesemua anak mereka memiliki segulung ijazah...??? Dengan adapun kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN, masih tidak menepati arus pemodenan akan tetapi masih kekal seperti 43 tahun yang lalu...
Kerakusan berlaku dimana-mana... Selagi ada tanah, selagi itulah ada rampasan... Lihat sajalah tanah-tanah milik Pribumi Sarawak, hampir semua habis 'DIMAKAN' oleh pemimpin BN... Di mana perginya YB Baleh iaitu Dato' Sri Dr James Jemut Masing dikala tanah rakyat dirampas...??? Dimana dia YB Alexander Nanta Linggi selaku MP for Kapit bilamana rakyat dikawasan yang diwakilinya iaitu Kapit diperbodohkan oleh rakan-rakannya sendiri dari BN...??? Mana dia suara YB Datuk Billy Abit Joo selaku MP for Hulu Rajang apabila keindahan sungai milik Tuhan 'DINODAI' oleh teman-teman sebangsa di BN...??? Inikah dia pembela rakyat?! Atau ini adalah pembunuh rakyat?! Rakyat Belaga yang menentukannya...
Kesedihan dan tangisan yang mampu ditanggung oleh penduduk Belaga ini bilamana 'TENTERA' BN mengasak 'MEROGOL' tanah turun-temurun usha titik peluh nenek moyang penduduk Belaga ini... Jika anda membiarkan BN memenangi kawasan Belaga sekali lagi, nescaya, bukan setakat 10 tetapi 10000 yang akan menangis kerana memilih BN... Dan pada saat itu, semuanya sudah terlambat...
Jadi, siapakah calon yang benar-benar layak mewakili N57 Belaga...??? Penduduk Belaga kini benar-benar memerlukan wakil rakyat yang muda, berkarisma, dinamik, cerdik, berfikira kreatif serta anak tempatan yang sejati... Orang yang layak tersebut mestilah pernah berjuang dan bersama-sama membela nasib penduduk Belaga.. Beliau yang kita maksudkan adalah, Sdr Abun Sui Anyit...
Inilah Sdr ABUN SUI ANYIT (Wakil Calon PKR Belaga)

Abun Sui Anyit merupakan seorang peguam lulusan dari UiTM... Peguam muda ini merupakan anak jati Belaga... Beliau telah banyak membantu penduduk Belaga dalam kes-kes yang melibatkan apa yang dikatakan sebagai Natives Customary Rights (NCR)...
Selain dari bergiat aktif dalam Pakatan Rakyat dibawah panji Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sdr Abun jugak aktif dalam memberi ceramah di serata kawasan tengah Sarawak... Beliau gigih dala enerangkan isu-isu kepada penduduk, tidak sombong, serta amat mudah didampingi... Dari lagak yang ditonjolkan, berbanding dengan wakil rakyat BN, Sdr Abun sangat sederhana dalam penampilan beliau... Ketika ini, Sdr Abun sedang memberi ceramah dihadapan hampir 500 orang penghuni rumah panjang di Julau...
Selain bergiat aktif dalam politik dan bidang guaman, Sdr Abun jugak terkenal dengan sikap mesra, sukakan keindahan flora dan fauna, serta tidak pernah lupa akan identiti beliau selain taat pada agama...
Sdr Adun bersama-sama dengan dengan rakyat menghantar Resolusi Rakyat Belaga Ulu Balui kepada Jabatan Tanah dan Servei Kapit... Beliau ditemani oleh kira-kira 20 orang penyokong dan penduduk Belaga...
Kira-kira 25 org penyokong Sdr Abun berkumpul selepas berdialong dengan Jabatan Hutan...
Sdr Abun tidak pernah lelah membela nasib mangsa tanah NCR di Mahkamah... Sekurang-kurangnya, Sdr Abun melakukan apa yang patu iaitu membela rakyat Belaga, namun, apa yang dapat dilakukan oleh wakil BN selain dari merampas tanah NCR!!!
VOTE FOR LIWAN LAGANG = VOTE FOR TAIB MAHMUD!!!
VOTE FOR ABUN SUI ANYIT = VOTE FOR BARU BIAN!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)