Wednesday, December 22, 2010

Siapa layak mewakili N22 Sebuyau...???

Kali ini, kita akan perkenalkan anda kawasan N22 Sebuyau...


Gambar diatas merupakan wakil rakyat kawasan N22 Sebuyau... Beliau ialah YB Julaihi Narawi... Berusia 55 tahun (masih muda)... Beralamat No. 86-87 Taman Heritage, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, Kuching... Ahli Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) telah mewakili kawasan N22 Sebuyau selama 3 penggal bermula pada tahun 1996 ketika berusia 41 tahun hingga sekarang... Pada Pilihan Raya DUN Sarawak 1996, beliau menang tanpa bertanding... Pada Pilihan Raya DUN Sarawak 2001, beliau menang dengan majoriti 4126 mengalahkan Mohamad Akek (PKR) dan Dayang Saadiah Mat (Bebas) yang hanya memperolehi undi sebanyak 1074 dan 341 masing-masing... Pada Pilihan Raya DUN Sarawak 2006 pula, undi beliau merosot... YB Julaihi Narawi hanya mampu mengekalkan undi sebanyak 3748 dengan majoriti 2448 menewaskan calon PKR 2 penggal, Mohamad Akek yang berjaya meningkatkan undi menjadi 1300... 

Perjalanan dari Kuching ke N22 Sebuyau mengambil masa selama hampir 5 jam... Kawasan Sebuyau dihuni oleh majoriti kaum Melanau... Rata-rata penduduk di kawasan N22 Sebuyau tidak begitu kaya... Pendapatan penduduk sebulan sianggarkan bernilai RM1500.00 sahaja... Sudah 43 tahun, penduduk Sebuyau masih hidup dalam serba kekurangan walaupun sedikit dekat dengan bandar Kuching... Daerah Kecil Sebuyau ini terletak di bawah penguasaan Majlis Daerah Simunjan di Bahagian Ke-8 Kota Samarahan (tempat terletaknya Universiti Malaysia Sarawak [UNIMS], Universiti Teknologi MARA [UiTM], dan Maktab Perguruan Sarawak)

Baru-baru, rakyat Sarawak digemparkan dengan kes Numpang Suntai vs Quality Concrete Holdings berhubung dengan isu tanah adat atau Natives Customary Rights (NCR)...  Selain itu, terdapat isu berhubung masalah air, pengangkutan, jalan raya, dan elektrik... 4 perkara asas ini masih lagi timbul disamping wakil rakyat tidak begitu endah akan masalah penduduk...



Kalau kita lihat, disebalik keindahan dan kebaikan wajah YB Julaihi Narawi terdapat 1001 makna yang tersirat... Pertama, beliau telah menjadi wakil rakyat N22 Sebuyau selama 3 penggal atau hampir 170 bulan, apa kejayaan dan pembangunan paling besar dibuat oleh beliau...??? Selama 170 bulan atau 14 tahun sebagai ADUN Sebuyau, berapa ramai anak tempatan Sebuyau yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah...??? Selama 170 bulan, berapa banyak pusat perniagaan, membeli-belah, dan perpustakaan yang dibina...??? Selama 170 bulan, bila mana beliau turun padang dan membuat forum kepada penduduk Sebuyau...??? Selama 170 bulan, berapa banyak kenaikan pendapatan penduduk dan penurunan jumlah pengangguran yang beliau berjaya atasi...??? Dan selama 170 bulan, berapa banyak jalan raya dan pusat penyelidikan diwujudkan...???



Surat tidak malu dan bersifat angkuh dari YB Julaihi Narawi kepada tempat kerja rakyat... Penat lelah konon,!!! Penat lelah merancang dan membantu Radziah Mahmud merompak tanah adat!!!

Kedua, beliau adalah wakil rakyat yang lemah dan tidak berjiwa kepimpinan... Selama penduduk Sebuyau berjuang membela nasib tanah adat Iban, beliau tidak pernah menyokong asas kebenaran tuntutan golongan Pribumi kaum Iban ini... Dimana beliau ketika Nicholas Mujah, Numpang Suntai, dan tuan-tuan tanah adat ini mengalami masalah...??? Tidakkah beliau tahu, apabila sudah hampir 6 rumah panjang bangkit menentang pengambilan tanah secara haram, undi beliau akan terjejas pada Pilihan Raya DUN Sarawak 2011 nanti...??? Beliau sememangnya tahu bahawa pembangkang akan berjaya menambahkan 1500 undi di N22 Sebuyau sekaligus menamatkan kerjaya politik YB Julaihi Narawi yang terbina selama 14 tahun!!!

Ketiga, seperkara yang perlu diingatkan, mengapa YB Julaihi Narawi tidak sanggup membela nasib tanah adat Iban di Sebuyau... Hal ini bukan kerana beliau takutkan Radziah Mahmud, akan tetapi, beliau sibuk dengan urusan pejabat... Bukan pejabat wakil rakyat atau DUN, tetapi pejabat yang menempatkan periuk nasi beliau selama 14 tahun!!! Seperti yang tertera dibawah...

Dah jelas wahai penduduk N22 Sebuyau...??? YB anda menjalankan perniagaan, and menjalankan apa sebagi sumber rezeki...??? Apa yang YB Julaihi bagi kepada kamu...???

Keempat, sementara tercetusnya peristiwa pengambil-alihan tanah secara haram di kawasan Sebangan yang terletak di N22 Sebuyau, beliau langsung tidak mengambil endah akan nasib masyarakat di sana... Suara pembelaan dari YB Julaihi tidak kedengaran bilamana Jabatan Perhutanan meluluskan aktiviti pembalakan sejumlah 3,305 hektar tanah hutan milik orang Iban kepada Quality Concrete Holdings milik Radziah Mahmud!!!

Ini dia keluarga Nicholas Mujah di Kampung Ensika Sebangan... Yang risau akan nasib tanah adat turun-temurun hasil dari titik peluh nenek moyang mereka...

Ini dia, Numpang Suntai... Pemilik sebaagian tanah adat di Sebangan, Sebuyau...

Sesungguhnya, orang Iban ini ingin juga hidup senang aman di kawasan mereka... Mereka berharap wakil rakyat mereka menjaga hak tanah mereka dan bukan mengambil dan merompak hak tanah mereka!!! Sudah 14 tahun anda semua diwakili YB Julaihi Narawi, tapi apa yang anda semua dapat??? Sekali lagi, apa yang anda dapat...??? TANAH DIAMBIL!!! Masih lagi nak pilih YB Julaihi Narawi?! Sesungguhna, nasib anda akan terbela jika anda memilih Mohamad Akek dari PKR menjadi wakil rakyat N22 Sebuyau pada tahun 2006 ang lepas... Tidak kisahlah kalau Mohamad Akek sukar untuk membawa pembangunan di kawasan Sebuyau atas halangan BN, asalkan tanah anda tidak tergadai... Dan kita harus percaya, ada baik dan buruknya memilih BN dan PR... Tetapi, mana yang lebih penting...??? Tanah atau wang...??? Semestinya tanah!!! Tanah adalah simpanan yang boleh bertambah nilai, akan tetapi wang boleh berkurangan dan mengalami nilai susut harga jika tidak bijak mengurus... YB Julaihi ada ajar tidak...??? Kalau tidak, apalah guna jadi wakil rakyat kalau tidak mempunyai niat untuk membangun dan mencerdikkan penduduk Sebuyau...??? 

Antara sebab-sebab utama pihak Numpang Suntai dan rakan-rakan beliau menentang keras pencerobohan tanah adat dan hutan di Sebangan ialah kerana penebangan hutan akan mengancam habitat orang utan, burung kenyalang, dan kancil, aktiviti pembalakkan besar-besaran akan menebabkan gangguan darisegi ekosistem, pemuliharaan dan pemeliharaan hutan, dan menyebabkan bencana alam...

Bagi BN, mereka adalah wira, rakyat adalah penjenayah... Bagi rakyat, mereka adalah wira, BN adalah penjenayah... Kalau kita nak bandingkan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin BN, jauh lebih banak dari pemimpin PR... Malah, hampir tidak terhitung nilai dan jumla jenayah BN!!! Lihat sajalah apabila rakyat bangkit membela nasib dan mempertahankan hak mereka, senapang polis, gas FRU, dan pelbagai lagi benteng pertahanan awan digunakan oleh BN untuk menghalang kemaraan rakyat...

Bagi BN, rakyat Sebangan di Sebuyau adalah penjenayah!!!

Nicholas Mujah yang ditahan oleh polis PBB!!!


Numpang Suntai yang juga ditahan oleh polis PBB!!!

Aktivis NCR, Nicholas Mujah sememangnya seorang yang berani dan tidak pernah takut akan BN!!! Beliau percaya, BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH!!!

Nicholas Mujah bersama-sama dengan tuan tanah adat yang lain...Tuai Rumah Philip Anak Bakat dari Kampung Tungkah Atap, Tuai Rumah Neli Anak Nipa dari Kampung Bajong Ili, Bawi Anak Atman dari Kampung Lubok Manta dan Tinsi Anak Gunda dari Kampung Lumut... SIAP YB JULAIHI!!! APABILA IANYA MELIBATKAN TUAI RUMAH, SEMESTINYA ANAK-ANAK BUAH MEREKA AKAN MENYOKONG TUAI-TUAI RUMAH INI!!!

Mereka ini bersalah kerana mempertahankan tanah mereka!!! BN sepatunya malu!!!

Sokongan moral yang ditunjukkan oleh orang Iban ini terhadap rakan-rakan mereka yang mempertahankan NCR!!!


"In a recent story Sarawak Report exposed a shocking attempt by the firm Quality Concrete to force Iban villagers to hand over their rights to 3,035 hectares of Native Customary Rights Lands in Sebangan for just MR 250 (US$ 80) per family. The company is after the millions of dollars worth of rare and valuable hardwood trees in the area, but the Ibans have refused saying they want to preserve their forest for future generations..." Menurut satu sumber...

The livelihood and survival of the Dayaks depend on 2 things; Education and the NCR.
"With due respect to the longhouse folks, getting access to good education for their children is too competitive and too expensive for most who live far below the poverty line. If the NCR is taken away from them to feed the rich, they will be pushed to a corner where they have no choice but to react and defend their turf. 
It only takes a few Numpangs of this world to start the ripple of change that will form a huge wave that will not cease until the injustice has stopped and the oppressors defeated. We must help the less knowledgable folks at home to tell them their rights, the rights to choose their representatives who will speak and act for them and not against them.
We must exercise our rights to install a government who will protect the interests of the Rakyat to govern the Country and the State. Give the government the 5 year contract and review their performance. We, as the Rakyat, are the ones who decide whether the contract should be renewed or a better government installed.
Let’s act now to excersise our rights and support those who fight for the truth. Let’s start the ripples within our circle of influence and work together to generate the wave of change. To those who have been entrusted the amanah by the Rakyat to govern the country, please change; otherwise you will be changed.
My prayers will be with Numpang and the others who have been jailed for a good cause..." Menurut satu lagi sumber dari seorang penduduk di Sebangan...

Dini Iban bisi agi besarakup agi diatu... Iban Saribas nguing ke barat, Iban Rajang nguing ke timur, Iban Balau nguing ke selatan lalu Iban Baram nguing ke utara... Nadai sejalai. Sama sama ngisi kandi seluar diri empu. Peduli ke orang bansa bukai ngemeli, ngenduan enggau nipu sida, asal diri empu, diri sebilik enggau bala diri senang... That is the mentality of Iban... Orang bansa bukai udah bisi jalai alun ngagai rumah sida, kitai Iban agi bekayuh ba sungai, nambang express, kadang kadang karam, bisi mati di anyut ke ai deras, bisi mega mati di empa baya... That is the politics of development for Iban. Politik nuju ke sebayan...


Tapi kita percaya... Pilihan Raya DUN Sarawak 2011, orang Melayu, orang Melanau, orang Iban, dan masyarakat lain di Sebuyau pasti akan menukar wakil rakyat yang ada sekarang!!! Kita harus menolak pemimpin yang malas, tiada idea, tidak kreatif, tidak MAHU PEGANG TANAH, tidak mesra rakyat, tidak berani dan tidak budiman... Kalau Jeneral Askar atau Panglima Perang atau Nakhoda Kapal tidak mampu memimpim anak-anak buahnya, bagaimana mereka hendak membawa kemenangan dan kejayaan...??? Maka, pemimpin tersebut sudah tidak lagi relevan untuk memimpin anak-anak buahnya... Dengan ini, pemimpin lama haruslah diganti kepada pemimpin baru... Kalau kita lihat, kontrak atau perjanjian, seseorang yang berlajar dalam bidang perkapalan, dan penerbangan yang ingin bekerja disebuah syarikat penerbangan sebagai Pilot Boeing *** AirAsia atau MAS atau syarikat perkapalan seperti Captain MISC, mereka haruslah terikat dengan perkhidmatan selama 13-14 tahun kepada syarikat tersebut... Jika didapati prestasi mereka tidak memuaskan, maka kontrak dan perjanjian mereka akan ditamatkan...

Nah!!! Ianya sama seperti YB Julaihi Narawi (seperti Pilot) yang telah memimpin dan mewakili suara penduduk (seperti anak-anak buah) di kawasan N22 Sebuyau (seperti pesawat) selaman 14 tahun!!! Adakah prestasi perkhidmatan beliau memuaskan hati penduduk...??? Cukupkah sifat kepimpinan dalam diri YB Julaihi...??? Jika tidak, APA TUNGU LAGI, JOM BERUBAH dengan memilih calon yang sesuai!!! Maka, dengan ini, siapakah pemimpin ang layak memimpin dan mewakili penduduk dikawasan N22 Sebuyau ini...??? Semestinya, calon N22 Sebuyau ini adalah seorang ahli Pakatan Rakyat, bijak, berani, cergas, cerdas, rajin, berwibawa, adil dan penuh nilai kasih sayang... Dan calon yang layak sudah semestinya dari anak tempatan... Beliau yang dimaksudkan layak untuk menjadi calon wakil rakyat di N22 Sebuyau ialah, Sdr Nicholas Mujah...
Inilah Sdr Nicholas Mujah (Wakil calon bebas tiket PKR Sebuyau)

Sdr Nicholas adalah merupakan Setiausaha Aging Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) bersama-sama dengan Ketua Wanita PKR Sarawak, Sdri Ibi Uding... Juga merupakan ahli Indigenous Peoples Network of Malaysia (JOAS)...
Aktivis NCR berusia 50 tahun dan berbangsa Iban ini lahir pada tahun 1960, sememangnya mempunyai harapan mewakili penduduk N22 Sebuyau memandangkan usianya yang muda dan memahami masalah yang dihadapi oleh rakyat... Walaupun tidak berkecimpung dalam mana-mana parti politik, tapi, perjuangan dan pembelaan yang dibuat oleh Sdr Nicholas ini pasti sama dengan perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat terutamanya PKR...
Ditahan dan dipenjarakan bukan kerana melakukan rompakan, pencurian, pembunuhan, rasuah, dan penipuan, tetapi ditahan dan dipenjarakan kerana membela hak orang Iban, NCR dan keadilan tanpa menggunakkan sebarang kekerasan...
Inilah Sdr Nicholas yang bakal mengubah masa depan penduduk N22 Sebuyau kearah yang lebih maju ke hadapan setaraf dengan kawasan-kawasn DUN yang maju di sekitar Kuching Sibu dan Miri... Susah senang rakyat haruslah ditanggung bersama pemimpin...
Seorang aktivis, seorang perjuang, dan seorang wira Iban...

VOTE FOR JULAHI NARAWI= VOTE FOR TAIB MAHMUD!!!

VOTE FOR NICHOLAS MUJAH = VOTE FOR BARU BIAN!!!


No comments:

Post a Comment