Friday, December 24, 2010

Siapa layak mewakili N69 Batu Danau...???

KERUSI PANAS!!! MAJORITI 1262 UNDI!!!


YB Palu @ Paulus Gumbang... Berumur 59 tahun... Beralamat rumah No.55, Lorong A5, Taman Satria Jaya, BDC, Stampin, 93350 Kuching... Ahli Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP)... Merupakan bekas Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak... Juga merupakan keturunan kaum Bisaya...

Beliau mula bertanding di kawasan N69 Batu Danau pada tahun 2006... Ini merupakan penggal pertama beliau sebagai wakil rakyat setelah memenangi kerusi N69 dengan majoriti tipis sebanyah 1262 undi... Beliau meraih undi sebanyak 2961 iaitu 42.98% daripada jumlah keseluruhan pengundi... Manakala lawannya, Sdr Christopher Sawan Jiram dari Sarawak National Party (SNAP) yang hanya mendapat sedikit kurang iaitu 1699 iaitu 24.67% dari jumlah keseluruhan pengundi... Undi rosak sebanyak 79 iaitu sebanyak 1.14%... Jumlah keseluruhan pengundi di Batu Danau adalah 6889... Pengundi kerusi N69 Batu Danau mempunyai jumlah seramai 49.31% atau 3396 Iban, 41.62 % atau 2867 Orang Ulu (kebanyakkan dari suku kaum Bisaya), 318 Melayu/Melanau, 2.76% atau 190 Cina, 1.60% atau 110 Bidayuh, dan 0.10% atau 7 lain-lain kaum pribumi... Jumlah yang keluar mengundi adalah seramai 4739 orang pada Pilihan Raya DUN Sarawak yang lalu... Seramai 2150 pengundi yang tidak keluar utuk mengundi...Ini bermaksud Sdr Christopher masih lagi diterima oleh penduduk Batu Danau... Hal ini kerana YB Paulus tidak menang dengan jumlah undi sebanyak 50.01% atau 3445 atau separuh daripada kesuluruhan pengundi berdaftar... Sdr Christopher cuma memerlukan 1700 undi untuk mengalahkan YB Paulus...

Lihat sahaja majoriti kemenang yang diperolehi oleh wakil N69 Batu Danau ini, cuma majoriti tipis dan ini adalah kemenangan paling teruk untuk calon muka baru bagi kawasan ang diwakili... Baru sahaja naik jadi calon untuk penggal pertama, sudah mendapat majoriti tipis... Ini menampakkan bahawa penduduk Batu Danau tidak percaya akan kebolehan dan jaminan keupayaan untuk berkhidmat dengan penduduk Batu Danau...

Mari kita lihat komen-komen ang diberi oleh penduduk Batu Danau ini...

"Ku nak komen sikit pasal wakil rakyat di DUN Batu Danau. Ney ada org kenal gilak ngan wakil rakyat DUN Batu Danau ya.Yang kenal pun HANYA kaum kerabat daknya jak.Dolok berapa lama nya memerap di London?Alasannya sambung study.Bila dah nak jadi Yang Berdusta baru gago "ngabas" Limbang.Org yang ngundi nya pun kerana Parti Bebal Nasional(BN) bukan kerana personalitinya. Lagi satu,ada ka patut,dtg kpg kmk org keluar dari kereta pun sik mauk?Bukannya org kpg kmk org nak mantei nya?Mun ktk org sik caya ngan kata2 aku tok boleh tanyak ngan mak di Limbang nun.Even dolok masa nya jadi Pengarah Penerangan Swk pun org sik brapa kenal.Balit Limbang pun HANYA semata-mata kerana nak memberi penerangan pasal Harga Minyak Nait(2008).Kpg nya(Kpg Ukong,Limbang) pun masih jalan tanah merah sampei ari tok,mcm ney nak madah Limbang dah membangun?Renung2kan..... -Pangkat Anak buah (sebelah bapa) YB DUN Batu Danau." Menurut salah seorang ahli keluarga YB Paulus...


"salam.. isu politik jgn hnya liat kepada wakil itu sdri.. tapi lht dr pelbagai aspek.. pembangunan di lbg ini..kerajaan tlh melakukan plbgi usaha ke arah kesejahteraan rakyat. kami tanyak kitak.. kitak dolok skulah kerajaan ka pembangkang..jgn cuma liat satu aspek sj... pembangkang blom tentu bw pa2 utk rkyt... mum mok nganuk wakil bn, wakil pembangkang ya pun blum tentu baik gilak.. slagi nama manusia.. mun kerajaan tok c bagus, cda skulah, jln raya, eletrik, bgnan untuk rkyt... so pkerlah baik2.. tahtah kitak ya pun mkn duit* kerajaan kali..." Menurut seorang lagi penduduk...

Selain itu, kesetiaan YB Paulus kepada SPDP juga dipersoalkan... Memandangkan beliau merupakan salah seorang daripada geng SPDP 5 yang lantang mengkritik keputusan YB William Mawan Ikom, adakah tugas beliau sebagai wakil rakyat Batu Danau akan dianaktirikan oleh pucuk pimpinan SPDP...??? Andai kata beliau menang Pilihan Raya DUN Sarawak (yang dijangka akan diadakan sebelum Jun 2011), adakah beliau mampu membawa aspirasi dan membela nasib penduduk di Batu Danau memandangkan, beliau terpaksa memfokuskan kepada kedudukan beliau dalam SPDP...??? Atau mungkinkah beliau akan 'dikorbankan' oleh pucuk pimpinan parti untuk Pilihan Raya DUN Sarawak nanti...??? Hal ini kerana beliau dikatakan bakal menyertai kem YB Peter Nansian Ngusie untuk melompat parti dengan menyertai Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang diterajuai seorang lagi pemimpin Iban yang takut iaitu YB Dr James Jemut Masing... Andai kata kelima-lima pemimpin ini (YB Peter Nansian, YB Rosey Yunus, YB Sylvester Entri, YB Paulus Gumbang dan YB Dr Tiki Lafe), ini akan membawa malapetaka dan pertelingkahan antara SPDP dan PRS terutamanya mengenai pembahagian kerusi... Juka dilihat, perkara ini lebih menurus kepada kepentingan parti lebih dari kepentingan penduduk...

Terima Kasih kerana mempromosikan Pesta Bebalung... Itu tidak dapat dinafikan... Tetapi, adakah itu saja...???

Walaupun kerajaan telah memperuntukkan sebanak RM 1 juta kepada Persatuan Kaum Bisaya (PKB), namun, apakah ianya bererti usaha daripada YB Paulus selaku wakil rakyat...??? Beliau cuma wakil rakyat yang mewakili pengundi yang terdiri daripada pelbagai kaum di N69 Batu Danau dan bukan semata-mata untuk kaum Bisaya sahaja... Walaupun ada sedikit sebanyak kerja dan bantuan yang diberikan kepada penduduk di Batu Danau, menjadikan Limbang sebangai Daera Jelapang Padi, peruntukan dana besar kepada PKB, dan infrastruktur perlancongan, namun, bila mana YB Paulus akan memfokuskan kepada isu NCR, kenaikan gaji, peningkatan sosio-ekonomi penduduk, pembinaan lapangan terbang, kawasan perindustrian dan pelbagai lagi...??? Adakah cukup sekadar menurapkan jalan, menambahbaik infrastruktur sedia ada, dan menjadikan Limbang sebagai Daerah Jelapang Padi sudah dikira mewakili hasrat penduduk Batu Danau...???

Walaupun ada kebaikan menjadikan Limbang sebagai Daerah Jelapang Padi, namun harus diingatkan juga, pembangunan dan cadangah tersebut mestilah melibatkan keluasa tanah yang berhektar-hektar banyaknya... Sudah pasti ianya akan melibatkan NCR dan syarikat-syarikat gergasi untuk memajukan projek tersebut... Ada baiknya, kerana akan memperkenalkan Limbang di mata penduduk Malaysia, TETAPI, apakah ianya akan melibatkan kaum Bisaya atau penduduk Badtu Danau untuk bersama-sama memajukan projek tersebut...??? Apakah kerajaan akan berunding dengan penduduk Batu Danau perihal mengenai pengambilan tanah adat mereka secara sah...??? Adakah selepas selesai projek tersebut, rata-rata yang memajukan dan menguruskan Projek Jelapang Padi dilakukan oleh penduduk Batu Danau...??? Fikir-fikirkan...

Sepanjang perkhidmatan YB Paulus mewakili penduduk Batu Danau, beliau pernah mencadangkan agar disegerakan keperluan mendesak seperti keperluan sumber air agar dipercepatkan pembinaan projek saluran air Batu Danau-Nanga Medamit-Tedungan... Selain itu, beliau ada juga mengenengahkan isu ketiadaan elektrik disebabkan kenaikan harga diesel yang tinggi menyebabkan ramai penghuni rumah panjang berada dalam keadaan gelap gelita diwaktu malam... Memang ini satu kebaikan yang ditonjolkan oleh YB Paulus... Namun, pernah terfikir bagaimana keadaan YB Paulus di kediamannya yang terletak di Kuching...??? Sumber air ada, sumber elektrik ada, kereta 2-3 buah, rumah banglo besar, pakai baju mahal-mahal, makan mahal-mahal sehingga kenyang, pendek kata, ibarat 'SYURGA' di dunia... Tapi, bagaimana keadaan penduduk diwakilinya...??? Kenapa beliau tidak menggunakan sebahagian harta beliau untuk menolong penduduk yang serba kekurangan terutamanya di kawasan rumah panjang...??? Bagi wakil rakyat Barisan Nasional, RM 1 juta sama seperti RM 1... Cuba lihat pengorbanan yang dilakukan oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat, semuanya mengeluarkan duit poket sendiri untuk membantu penduduk disamping terpaksa berhadapan dengan bantuan yang amat kecil dari kerajaan... Nah!!! Kalau wakil rakyat Pakatan Rakyat mampun bertahan dari segi sumber kewangan yang tidak seberapa besar berbanding wakil rakyat Barisan Nasional yang mana kemewahan, rembulak kata orang Sarawak, berjuta-juta Ringgit Malaysia!!! Lihatlah, wakil rakyat BN cuma mampu berkata-kata tetapi tidak mampu berkorban... Sudah dinamakan wakil rakyat, kita haruslah berkorban untuk rakyat yang diwakili dari segi material dan fizikal... Bukannya jadi wakil rakyat yang KEDEKUT dan MALAS serta PENAKUT!!!

Sepekara lagi, kita telah melihat kebangkitan kaum Bisaya dalam mewarnai kehidupan rakyat Sarawak dari sudut perlancongan dan kebudayaa, namun, apakah jaminan masa depan yang mampu diberikan oleh YB Paulus jika memenangi kerusi N69 Batu Danau untuk Pilihan Raya DUN Sarawak 2011...??? Jika sekadar menghantar projek tetapi tidak melibatkan penduduk Batu Danau, TIADA GUNANYA... Jika sekadar memberi wang selepas mengundi dengan RM250 seorang tetapi kemudian hari sejumlah 250,000  hektar tanah dan RM250 juta diambil dari penduduk secara sembunyi,  TIADA GUNANYA... Jika sekadar janji membangun 10 buah sekolah di Batu Danau tetapi tidak ada jaminan untuk membantu 1000 anak muda ini melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Universiti, TIDAK BERGUNA... Jika sekadar mempromosikan lebih banyak produk kebudayaan Kaum Bisaya tetapi dalam masa yang sama lemah untuk mempertahankan hak kaum sendiri, TIADA GUNANYA... dan... Jika sekadar mencanang untuk mewakili penduduk Batu Danau dengan 1001 janji yang tak pasti tetapi dalam masa yang sama masih bersengkongkol dengan Pak Uban, TIADA GUNANYA... Jika janji sebegini masih diteruskan oleh calon penggal kedua Batu Danau, maka kita haruh TOLAK... TOLAK... dan... TOLAK!!!

Kaum Bisaya harus berubah... Penduduk Batu Danau juga mesti berubah... Ubah nasib diri anda sebelum nasib anda sendiri diubah oleh YB Paulus... Kita percaya, penggal pertama sebagai wakil rakyat BN memang agak lunak sikit, namun, kalau kita membiarkan sekali lagi nasib kita dipertaruhkan kepada YB Paulus selaku ahli parti komponen BN, nescaya, nasib anda akan sama seperti penduduk di Ba'Kelalan, Belaga, Sebuyau, Saribas, Semop (Pulau Bruit), dan Telang Usan... Kita perlu calon yang serius dalam berkhidmat, konsisten dalam perjuangan, mempunyai kerjaya atau profession yang teruji, mentaliti yang terbuka, dan sanggup membela rakyat di mahkamah demi menjaga dan mempertahankan hak dan maruah nenenk moyang kita... Calon yang bakal disebut-sebut untuk mencabar YB Paulus Gumbang ini mempunyai semua kriteria yang diperlukan... Beliau yang dimaksudkan ialah, Sdr Christopher Sawan Jiram...

Beliau adalah calon SNAP pada Pilihan Raya DUN Sarawak 2006 dan dikatakan bakal diberi kepercayaan sekali lagi untuk mencabar YB Paulus Gumbang di N69 Batu Danau...

VOTE PAULUS GUMBANG = VOTE FOR TAIB MAHMUD!!!


VOTE CHRISTOPHER JIRAM = VOTE FOR BARU BIAN!!!



No comments:

Post a Comment