Tuesday, December 21, 2010

Siapa layak mewakili N57 Belaga...???

Statistik Pilihanraya Sarawak 2006 N57 Belaga...

Anda kenal x kisah Empangan Bakun atau Bakun Dam...??? Mesti kenal kan...

Anda kenal x bangsa Penan...??? Mesti kenal kan...

Anda kenal x YB Belaga...??? Mesti kenal kan... Huh??? X kenal...??? Baik... Di bawah nie, ada serba sedikit cerita mengenai YB Belaga...


Ni dia YB Belaga, bekas Guru Besar di SRK Long Panggai Belaga dan juga bekas Pegawai Pendidikan Daerah Belaga, Tuan Liwan Lagang... Beliau berumur 52 tahun... Beralamat di No.77, Kota Sentosa, Batu 8 1/2, Jalan Penrissen Lama, 93250 Kuching, Sarawak... Merupakan anggota Parti Rakyat Sarawak... Kawasan N57 Belaga dihuni oleh hampir 10000 penduduk dan 51% daripadanya adalah dari kaum Kenyah... Selebihnya terdiri daripada kaum Kejaman, Penan, Iban, dan lain-lain lag...

Perbandingan bandar Sibu dan Kapit...

Berapa tahun Sarawak menyertai dan membentuk Malaysia...??? 47 TAHUN!!! Sepatutnya, kawasan seperti Belaga, yang kaya dengan khazanah pokok kayu balak, mesti dh maju dr segala aspek... Belaga mempunyai kawasan yang sesuai dengan iklim perlancongan akuatik, perlancongan ekologi, dan perlancongan kebudayaan... Separtimana yang kita tahu, di Belaga terdapat pelbagai spesies flora dan fauna untuk dijadikan sumber penyelidikan... Selain menjadikan Belaga sebagai kawasan perindustrian biotek mesra alam... Tiada mustahil jika pemimpin dan wakil rakyat terdahulu betul-betul INTELEK dan BERFIKIRAN KREATIF... Namun, dek kerana terlalu 'KREATIF', maka, kawasan Bakun terletak di Belaga telah 'DIROMPAK' dan 'DIROGOL' oleh segelintir pihak...

Kapasiti penduduknya yang didominasi oleh kaum Kenyah boleh dijadikan sebagai pusat mempromosikan budaya kaum Kenyah.. Satu Pusat atau Institisu Kajian mengenai kaum Kenyah sepatutnya telah lama ditubuhkan di kawasan ini... Dengan tertubuhnya satu organisasi berstruktur dan teratur di Belaga pasti dapat menaikkan taraf sosio-ekonomi penduduk Belaga... Sekaligus, menyediakan peluang pekerjaan disamping mempromosikan keistimewaan kaum Kenyah di seantero dunia... Namun, apa yang amat mengecewakan, dri wakil rakyat pertama Belaga, Tajang Laing, hingga kepada wakil rakyat sekarang, YB Liwan Lagang, belum adasatu pun pusat kajian yang didirikan di kawasan Belaga...

Inilah Belaga yang kaya dengan adat resam kaum Kenyah...

Cuba kita lihat kawasan penempatan disekitar Belaga, rata-rata penduduk disana kekurangan sumber bekalan elektrik dan kemudahan lain seperti jalan raya bertar... Selama bertahun-tahun rakyat menyokong BN, apa yang mereka dapat...??? Rampasan tanah secara tidak sensitif... Kalau kita lihat, Projek 'GAJAH PUTIH' Empangan Hidro Elektrik Bakun bernilai RM7.3 Billion!!! (Namahal cdak Belaga agik meh kak ngundi BN walau cdk nemu, yang kaya, BN, yang miskin, rakyat BELAGA)... Inilah yang terjadi, selama 43 tahun, rakyat Belaga ramai yang tidak cerdik dan peka menyebabkan BN sewenang-wenangnya memperBODOHkan penduduk Belaga... Tanah diambil, dan dijanjikan dengan pelbagai 'GULA-GULA' setiap 5 tahun, sebagai balasan, tanah nenek moyang ratusan tahun digadaikan kepada BN!!! Bila nak dekat Pilihanraya Sarawak, bekalan elektrik sengaja diputuskan, dengan harapan, rakyat meminta selesai masalah elektrik, dan mengundi BN kalau mahu air dan elektrik disambung... Setiap 5 tahun, masalah sama ditumbulkan... Sampai bila rakyat Belaga hendak berubah kalau asyik ditimpa masalah yang sama...??? Ingin sekal mendengar penduduk Belaga memohon Projek Mega Jalan Raya menghubungkan Kapit-Sibu, Kapit-Miri, Kapit-Sri Aman dn Kapit-Serikei... Atau, penubuhan pusat rekreasi bertaraf dunia, hotel 10 tingkat, tempat shopping seperti The Spring, restaurant ternama, pusat fesyen terkemuka, sekolah antarabangsa, universiti, dan macam-macam lagi...



Semua ini tidak mustahil kalau semua penduduk Belaga diberikan peluang pekerjaan, penyediaan kemudahan dan infrastruktur yang sempurna, mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sampai  Tingkatan 6, dan bantuan dari segi aktiviti berteraskan pertanian, perikanan, penternakan, perindustrian, kebudayaan, dan perlanconan... Nescaya, penduduk Belaga boleh menjana pendapatan mencecah RM5000 sebulan... Dengan pendapatan yang tinggi, maka, kuasa membeli dan kemahuan untuk mengeca kesenangan juga akan meningkat.. Jesteru, tidak mustahil kalau didina satu tempat shopping sebesar The Spring (seperti di Kuching) di Belaga... Dengan kuasa membeli yang meningkat, penurunan kadar pengangguran, dan kenaikan gaji, maka, ini akan membuka peluang kepada pelabur-pelabur di luar sana untuk melabur di kawasan Belaga... Ramai ahli-ahli perniagaan, NGO-NGO, dan agensi-agensi luar akan bertandang untuk membuka sayap perniagaan mereka di Belaga... Sememangnya, mereka ini memerlukan tempat tinggal dan hiburan, maka, akan timbul kemahuan untuk membina hotel dan tempat-tempat rekreasi untuk para pelabur ini... Dengan wang, penduduk Belaga mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah hingga ke peringkat Universiti..

'Keindahan' Sungai Rajang ciptaan BN!!! Cantik kan... Bayangkan 5 tahun akan datang, pasti anda boleh berjalan 'DIATAS' sungai...


Graduan-graduan terutama di Unimas, UPM Cawangan Sarawak, Swinburne, dan Curtin pasti berani untuk bekerja di Belaga jika semua kemudah-kemudahan sebegini diwujudkan... Penubuhan Pusat Kajian Budaya dan Institut Penyelidikan Sains dan Innovasi d Belaga akan mengurangkan kadar pengangguran dan pastinya memerlukan permintaan dari segi kepakaran daripada para graduan-graduan tersebut untuk berkerja di Belaga apabila melihat kepada keperluan tersebut... Akan tetapi, yang menjadi penghalang-penghalang  kepada segelintir anak-anak penduduk Belaga ialah ketiadaan dokumen, surat beranak, dan IC bagi melayakkan anak-anak ini melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi...

Ini dia 8 anak Penan dari kawasan Murum, Long Wat, Long Malim dan Long Singu yang turut serta medapat tempat di pusat kemahiran belia... Anak Penan sekadar mampu menduduki Pusat Kemahiran, tetapi anak-anak BN, nun jauh hingga ke benua Eropah dan Amerika!!! Bila lagi anak Penan hendak belajar ke luar negara?!

Menurut belagakini.wordpress.com, "YB Liwan Lagang yang berkempen menggunakan tagline“Meneruskan Kesinambungan Pembangunan” pada pilihanraya lalu dilihat sehingga kini masih gagal menyelesaikan masalah penduduk Skim Penempatan Semula Bakun. Menurut En. Okang Lepun ” pembangunan memang diusahakan oleh BN tetapi bukan untuk manfaat penduduk miskin seperti kami”. Jalan raya Bakun- Bintulu yang kononnya dibina untuk kemudahan penduduk, telah rosak teruk dikerjakan oleh lori-lori balak Shin Yang. Semakin ramai penduduk mendapat sakit kronik ekoran bekalan air yang tidak dirawat dengan sempurna. Pencemaran racun makhluk perosak dari ladang-ladang sawit disekitar Penempatan Semula Bakun menjadi sumber pencemaran tersebut. Dalam pada itu YB masih berpeluk tubuh." Bah, apa lagi, masih penduduk Belaga inginkan seorang wakil rakyat yang lemah atau BACUL?!  Ingat, pepatah Iban pernah mengatakan, "AGIK IDUP AGIK NGELABAN"... 

Tidak inginkah penduduk Belaga hidup senang seperti majorit penduduk di N7 Tupong, N8 Satok, N9 Padungan, dan beberapa tempat di kawasan sekitar Kuching, Miri dan Sibu yang mana rata-rata penduduknya hidup senang...??? X inginkah penduduk Belaga untuk mempunyai sebuah kereta pacuan 4 roda atau 4 Wheel Drive...? X inginkah penduduk Belaga untuk melihat kesemua anak mereka memiliki segulung ijazah...??? Dengan adapun kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN, masih tidak menepati arus pemodenan akan tetapi masih kekal seperti 43 tahun yang lalu...

Kerakusan berlaku dimana-mana... Selagi ada tanah, selagi itulah ada rampasan... Lihat sajalah tanah-tanah milik Pribumi Sarawak, hampir semua habis 'DIMAKAN' oleh pemimpin BN... Di mana perginya YB Baleh iaitu Dato' Sri Dr James Jemut Masing dikala tanah rakyat dirampas...??? Dimana dia YB Alexander Nanta Linggi selaku MP for Kapit bilamana rakyat dikawasan yang diwakilinya iaitu Kapit diperbodohkan oleh rakan-rakannya sendiri dari BN...??? Mana dia suara YB Datuk Billy Abit Joo selaku MP for Hulu Rajang apabila keindahan sungai milik Tuhan 'DINODAI' oleh teman-teman sebangsa di BN...??? Inikah dia pembela rakyat?! Atau ini adalah pembunuh rakyat?! Rakyat Belaga yang menentukannya...

Kesedihan dan tangisan yang mampu ditanggung oleh penduduk Belaga ini bilamana 'TENTERA' BN mengasak 'MEROGOL' tanah turun-temurun usha titik peluh nenek moyang penduduk Belaga ini... Jika anda membiarkan BN memenangi kawasan Belaga sekali lagi, nescaya, bukan setakat 10 tetapi 10000 yang akan menangis kerana memilih BN... Dan pada saat itu, semuanya sudah terlambat...


Jadi, siapakah calon yang benar-benar layak mewakili N57 Belaga...??? Penduduk Belaga kini benar-benar memerlukan wakil rakyat yang muda, berkarisma, dinamik, cerdik, berfikira  kreatif serta anak tempatan yang sejati... Orang yang layak tersebut mestilah pernah berjuang dan bersama-sama membela nasib penduduk Belaga.. Beliau yang kita maksudkan adalah, Sdr Abun Sui Anyit...


Inilah Sdr ABUN SUI ANYIT (Wakil Calon PKR Belaga)



Abun Sui Anyit merupakan seorang peguam lulusan dari UiTM... Peguam muda ini merupakan anak jati Belaga... Beliau telah banyak membantu penduduk Belaga dalam kes-kes yang melibatkan apa yang dikatakan sebagai Natives Customary Rights (NCR)...

 Selain dari bergiat aktif dalam Pakatan Rakyat dibawah panji Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sdr Abun jugak aktif dalam memberi ceramah di serata kawasan tengah Sarawak... Beliau gigih dala enerangkan isu-isu kepada penduduk, tidak sombong, serta amat mudah didampingi... Dari lagak yang ditonjolkan, berbanding dengan wakil rakyat BN, Sdr Abun sangat sederhana dalam penampilan beliau... Ketika ini, Sdr Abun sedang memberi ceramah dihadapan hampir 500 orang penghuni rumah panjang di Julau...

Selain bergiat aktif dalam politik dan bidang guaman, Sdr Abun jugak terkenal dengan sikap mesra, sukakan keindahan flora dan fauna, serta tidak pernah lupa akan identiti beliau selain taat pada agama...
Sdr Adun bersama-sama dengan dengan rakyat menghantar Resolusi Rakyat Belaga Ulu Balui kepada Jabatan Tanah dan Servei Kapit... Beliau ditemani oleh kira-kira 20 orang penyokong dan penduduk Belaga...

Kira-kira 25 org penyokong Sdr Abun berkumpul selepas berdialong dengan Jabatan Hutan...

Sdr Abun tidak pernah lelah membela nasib mangsa tanah NCR di Mahkamah... Sekurang-kurangnya, Sdr Abun melakukan apa yang patu iaitu membela rakyat Belaga, namun, apa yang dapat dilakukan oleh wakil BN selain dari merampas tanah NCR!!!

VOTE FOR LIWAN LAGANG = VOTE FOR TAIB MAHMUD!!!

VOTE FOR ABUN SUI ANYIT = VOTE FOR BARU BIAN!!!


1 comment: